Aplikasi InDriver ganggu pasaran, APAD gagal pantau tawar-menawar – Asyraf
Aplikasi InDriver ganggu pasaran, APAD gagal pantau tawar-menawar – Asyraf
Pergerakan Pemuda UMNO mempersoalkan kegagalan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memantau perkhidmatan e-hailing baharu, InDriver yang didakwa tidak mematuhi undang-undang.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa, aplikasi baharu e-hailing itu tidak mengikut garis panduan yang dikeluarkan APAD selaku pengawal selia perkhidmatan itu di negara ini.
“Ada aplikasi baharu contohnya InDriver yang terpisah daripada ikatan garis panduan yang dikeluarkan oleh APAD ini.
“Ia mengganggu pasaran, perjalanan operasi dan kebajikan pekerja-pekerja e-hailing yang mematuhi garis panduan yang dikeluarkan APAD,” katanya pada sidang media di Menara Dato Onn, di sini, hari ini.
Terdahulu Asyraf mengadakan rundingan meja bulat hampir dua jam bersama Gabungan Ehailing Malaysia, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (DPMM).
Asyraf juga mendakwa, aplikasi InDriver membenarkan aktiviti tawar-menawar antara pelanggan dengan pemandu perkhidmatan e-hailing terbabit.
“Malah pemandu yang membawa InDriver ini, dia boleh datang daripada sesiapa sahaja tanpa terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan terutamanya APAD.
“Katakan pemandu Grab yang telah pun ditetapkan harganya dalam aplikasi itu RM65, itu kos sebenar dengan mengambil kira komisen dan sebagainya.
“Tapi tawar-menawar dalam InDriver boleh sampai RM35 contohnya, sedangkan aplikasi InDriver ini tidak perlu terikat sepertimana garis panduan APAD,” katanya.
Susulan perkembangan itu, Kementerian Pengangkutan Malaysia perlu menggerakkan agensi di bawahnya termasuk APAD dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan penguatkuasaan lebih telus tanpa bersikap pilih kasih.
“Soal penguatkuasaan itu perlu dilakukan secara teratur dan terurus supaya aspek kawal selia tidak sewenang-wenangnya
“Begitu juga dari aspek peranan JPJ sendiri, penguatkuasaan itu harus dipertingkatkan,” katanya lagi. MG
Aplikasi InDriver ganggu pasaran, APAD gagal pantau tawar-menawar – Asyraf
Baca Artikel Menarik:
- Pengakuan PAS
- Usah ulangi ‘skrip’ tarikh PRU14
- Dr Ampikaipakan, penyelamat nyawa saya – Muhyiddin
- Runding gelap dengan Umno: ‘Wayang’ PAS selepas calon Muhyiddin jadi PM – Shabery
- Cucu Mat Kilau ambil kesempatan kejayaan filem Mat Kilau masuk gelanggang PRU15
- UMNO hari ini memang lain, bukan lagi kuku besi – Razlan
- Hadi, Takiyuddin dicabar dedah nama pemimpin UMNO runding dengan Pas
- Pramugari beri kacang kepada ‘influencer’ berisiko berdepan tindakan tatatertib
- Wanita ‘menangis tak berlagu’ anak isi air ke dalam tangki petrol
- PM caretaker Thailand selamba tidur ketika mesyuarat
- Taikun rugi RM11 juta emas lesap ketika penerbangan
- Hend Bustami hampir diperkosa polis kerana diri terlalu cantik
- Kerjasama PAS-UMNO: Muhyiddin panas punggung, mahu PAS jelaskan malam ini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy
You must be logged in to post a comment.