OPR naik lagi, kini 2.50 peratus

OPR naik lagi, kini 2.50 peratus

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memutuskan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus.

Ia adalah kenaikan kali ketiga berturut-turut tahun ini untuk kadar penanda aras pinjaman dan simpanan sejak Mei dan Julai lalu, dengan masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelum ini.



Keputusan kenaikan OPR itu diputuskan MPC pada mesyuarat dasar monetarinya yang diadakan selama dua hari.

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, beliau berpandangan terdapat keperluan untuk menaikkan OPR setelah mengambil kira kadar inflasi yang tinggi, iaitu pada paras 4.4 peratus pada Julai 2022.

“Sebelum ini pun BNM pernah menaikkan OPR sebanyak tiga kali berturut-turut iaitu pada Mei, Julai dan Ogos 2010, masing-masing kenaikan sebanyak 25 mata asas.

“Ini berlaku selepas krisis ekonomi global yang berpunca daripada krisis gadai janji subprima di Amerika Syarikat (AS) dan saya percaya hal sama akan berulang,” katanya ketika dihubungi.



OPR naik lagi, kini 2.50 peratus


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lizzy bikin panas lagi



Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy

Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker