Mahathir terus serang Umno kerana gagal wujudkan alternatif lain – Khaled
Mahathir terus serang Umno kerana gagal wujudkan alternatif lain – Khaled
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad secara berterusan menyerang Umno untuk menutup kegagalannya mewujudkan pengganti kepada parti yang pernah diterajuinya itu, kata seorang pemimpin Umno hari ini.
Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin memetik Bersatu dan Pejuang sebagai contoh.
“Kenyataan terbaru Mahathir tentang Umno menunjukkan bahawa beliau terus dihantui Umno pada setiap saat dan ketika.
“Jelas bahawa Mahathir sebenarnya tidak pernah ‘move on’ daripada Umno.
“Tindakan melabelkan Umno dengan pelbagai gelaran dan penghinaan sebenarnya dilakukan dengan satu motif yang jelas. Iaitu menutup kegagalan ketara beliau dalam mewujudkan alternatif kepada Umno,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Tambah Khaled, selepas dibelakangkan oleh Bersatu, Mahathir menubuhkan Pejuang, yang juga gagal memberi kesan dengan tidak memenangi satu pun kerusi dalam pilihan raya negeri Johor.
“Menyedari Pejuang tidak mempunyai masa depan sendiri dan ditolak secara besar-besaran, maka Mahathir gagaskan pula Gerakan Tanah Air (GTA).
“Mahathir bergerak ke segenap tanah air mengutip mereka yang sebelum ini tidak pun beliau pandang dengan sebelah mata.
“Barangkali, setelah menyedari bahawa strategi tersebut juga belum menampakkan sebarang petunjuk yang memberangsangkan, maka Mahathir kembali kepada strategi asalnya – iaitu menghentam dan menghina Umno,” katanya.
Khaled juga mendakwa Umno adalah parti yang menjadikan Mahathir perdana menteri paling berjaya dan lama serta memuliakannya setelah persaraannya.
“Umno tidak pernah menikam beliau dari belakang. Tidak pernah.
“Sekeji mana pun Umno pada kaca mata Mahathir, Umno sebenarnya tidak pernah melakukan apa yang Bersatu lakukan pada beliau,” kata Khaled.
Khaled turut mencadangkan bahawa mungkin sudah tiba masanya Mahathir menyedari bahawa realiti politik negara telah berubah berbanding zamannya.
“Pemimpin Umno bukan maksum. Kami banyak kelemahan. Saya sedar dan akuinya. Kami tidak akan menafikan hakikat atau bersikap apologetik. Ada yang sohor, ada yang khilaf. Namun masa beredar, zaman berubah dan pemimpin juga begitu.
“Tetapi Umno tetap lestari kerana orang Melayu menghargai bahawa adalah tidak adil disebabkan beberapa orang pemimpin parti terpalit kontroversi, maka segala-galanya tentang Umno itu korup dan keji,” katanya.
Selasa lalu, Mahathir menegaskan bahawa pemenjaraan bekas perdana menteri Najib Abdul Razak tidak akan membersihkan Umno daripada imejnya yang tercemar, kerana rasuah dalam parti itu telah merebak ke peringkat akar umbi. Mk
Mahathir terus serang Umno kerana gagal wujudkan alternatif lain – Khaled
Baca Artikel Menarik:
- Pengakuan PAS
- Usah ulangi ‘skrip’ tarikh PRU14
- Dr Ampikaipakan, penyelamat nyawa saya – Muhyiddin
- Runding gelap dengan Umno: ‘Wayang’ PAS selepas calon Muhyiddin jadi PM – Shabery
- Cucu Mat Kilau ambil kesempatan kejayaan filem Mat Kilau masuk gelanggang PRU15
- UMNO hari ini memang lain, bukan lagi kuku besi – Razlan
- Hadi, Takiyuddin dicabar dedah nama pemimpin UMNO runding dengan Pas
- Pramugari beri kacang kepada ‘influencer’ berisiko berdepan tindakan tatatertib
- Wanita ‘menangis tak berlagu’ anak isi air ke dalam tangki petrol
- PM caretaker Thailand selamba tidur ketika mesyuarat
- Taikun rugi RM11 juta emas lesap ketika penerbangan
- Hend Bustami hampir diperkosa polis kerana diri terlalu cantik
- Kerjasama PAS-UMNO: Muhyiddin panas punggung, mahu PAS jelaskan malam ini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.