Kerjasama UMNO dengan PAS hanya tanpa Bersatu – Isham
Kerjasama UMNO dengan PAS hanya tanpa Bersatu – Isham
Pemimpin Umno memberitahu PAS supaya meninggalkan Muhyiddin Yassin dan Bersatu jika PAS mahu bekerjasama dengan Barisan Nasional.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Isham Jalil menegaskan partinya tidak berganjak daripada keputusan perhimpunan agung Umno untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15, yang disifatkan sebagai “pengkhianat”.
Isham berkata Muhyiddin dan Bersatu juga perlu menerima hakikat bahawa akar umbi PAS mahu bekerjasama dengan Umno.
“Penyatuan ummah tidak bermaksud penyatuan dengan pengkhianat” katanya di Facebook.
Beliau juga menyerang Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man, kerana mengekalkan keinginan mereka untuk bekerjasama dengan Umno dan Bersatu serta menolak ini sebagai angan-angan.
“Haji Hadi atau Tuan Ibrahim sila jawab: Berapa kerusi yang PAS ingin minta dari Umno? dan berapa kerusi pula yang PAS ingin Umno beri kepada pengkhianat Bersatu?”
“Apabila kerusi-kerusi yang Umno beri kepada PAS dan Bersatu ini menang dengan sokongan akar umbi Umno, apa jaminan yang kami dapat yang kamu (PAS dan Bersatu) akan kekal menyokong kami dan tidak menukar pendirian seperti sebelum ini?
“Akar umbi Umno lebih bijak dan kami tidak akan dibiar ditipu oleh kamu.”
Isham mempertahankan bahawa PAS tidak boleh makan keliling sementara Umno tidak akan bekerjasama dengan parti-parti yang tidak mempunyai prinsip dan kerap berubah fikiran.
“Kami telah buat ketetapan untuk pergi solo, terimalah hakikat ini,” kata beliau.
Semalam, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin mendedahkan ‘rundingan gelap’ Muafakat Nasional (MN) antara partinya dan pemimpin tertentu Umno menyentuh keperluan satu lawan satu di antara mereka dan Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin semalam berkata beliau akan menuntut penjelasan pucuk pimpinan tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi Awang dan Takiyuddin Hassan berhubung “rundingan gelap” dengan Umno dalam mesyuarat pimpinan tertinggi gabungan itu malam tadi. FMT
Kerjasama UMNO dengan PAS hanya tanpa Bersatu – Isham
Baca Artikel Menarik:
- Pengakuan PAS
- Usah ulangi ‘skrip’ tarikh PRU14
- Dr Ampikaipakan, penyelamat nyawa saya – Muhyiddin
- Runding gelap dengan Umno: ‘Wayang’ PAS selepas calon Muhyiddin jadi PM – Shabery
- Cucu Mat Kilau ambil kesempatan kejayaan filem Mat Kilau masuk gelanggang PRU15
- UMNO hari ini memang lain, bukan lagi kuku besi – Razlan
- Hadi, Takiyuddin dicabar dedah nama pemimpin UMNO runding dengan Pas
- Pramugari beri kacang kepada ‘influencer’ berisiko berdepan tindakan tatatertib
- Wanita ‘menangis tak berlagu’ anak isi air ke dalam tangki petrol
- PM caretaker Thailand selamba tidur ketika mesyuarat
- Taikun rugi RM11 juta emas lesap ketika penerbangan
- Hend Bustami hampir diperkosa polis kerana diri terlalu cantik
- Kerjasama PAS-UMNO: Muhyiddin panas punggung, mahu PAS jelaskan malam ini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy
You must be logged in to post a comment.