‘Hati Kau Kuat Bro’ Ramai Kagum Dengan Penebar Roti Canai Terbang ‘Single Hand’ [VIDEO]

‘Hati Kau Kuat Bro’ Ramai Kagum Dengan Penebar Roti Canai Terbang ‘Single Hand’ [VIDEO]

BAKAT lelaki ini menebar ‘roti canai terbang’ sememangnya membuatkan rata-rata pengunjung gerai di Medan Selera Pasar Borong, Batu Berendam, Melaka, terkesima dan tidak mengelipkan mata.

Malah aksi lincahnya yang turut dikongsikan di laman TikTok turut mengundang pujian netizen yang meluahkan rasa kagum, kerana lelaki ini mampu menebar dan menerbangkan roti canai dengan sebelah tangan sahaja!

Melihat kehebatan penebar roti canai ini, siapa sangka ada tragedi hitam yang berlaku sehingga membuatkan tangan kirinya ‘hilang’.



VIDEO DIBAWAH:-

Berkongsi cerita dengan mStar, Kharil Badri Zainurin berkata dia sebelum ini merupakan seorang lelaki yang cukup sifat dan mencari rezeki dengan bekerja sebagai penebar roti canai sejak berusia 20 tahun.

Namun tragedi yang berlaku pada 15 November 2017 mengubah segala-galanya apabila dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya

“Ketika itu saya menunggang motosikal, dan isteri saya membonceng. Entah macam mana, ada sebuah kereta dari arah bertentangan tiba-tiba masuk simpang dan kenderaan kami bertembung.

“Ketika kejadian saya masih sedar lagi, tapi saya dah rasa tangan kiri macam lembik dan dalam posisi qiam dekat perut.
Masa itu pun tak rasa sakit lagi,” cerita lelaki berusia 34 tahun ini.



Menurut Kharil Badri, pihak hospital cuba untuk menyelamatkan tangan kirinya dengan melakukan pembedahan.

“Masa tangan kiri belum dipotong, saya alami pengalaman yang aneh sepanjang di hospital. Setiap jam saya dengar orang azan, dan tidak lama kemudian ada kumpulan makhluk berpakaian serba putih datang.

“Yang pasti mereka tak sama macam orang biasa. Apabila tanya doktor yang tengah check saya ketika itu, mereka kata tak nampak apa-apa. Lima hari hadap pengalaman mistik itu, hinggalah akhirnya tangan saya tak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong.



“Mula-mula ia dipotong paras siku, kemudian dipotong hingga pangkal bahu. Selepas dipotong, makhluk misteri itu dah tak datang,” kongsinya.

Tambah Kharil Badri, kemalangan itu berlaku seminggu sebelum dia dan pasangannya diijabkabulkan.

Disebabkan kejadian pahit tersebut, majlis pernikahannya terpaksa ditangguhkan dua bulan kemudian.

“Alhamdulillah walaupun hilang sebelah tangan, isteri menerima saya seadanya. Dia juga parah dalam kemalangan tersebut iaitu mengalami kecederaan pada tulang lutut dan paha.



“Disebabkan kemalangan tersebut, kami berdua ditakdirkan sama-sama jadi orang kelainan upaya (OKU). Alhamdulillah, kami bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata yang kini berusia lima tahun dan empat tahun,” ceritanya.

Mengakui hati kecilnya berasa sedih mengenangkan nasib yang menimpa diri, namun lelaki ini enggan membiarkan dirinya hanyut dibuai perasaan.

“Sedih tu ada, tapi saya fikir hidup ini hanya pinjaman. Nyawa pun pinjaman apatah lagi anggota badan. Saya ambil masa beberapa bulan juga nak biasakan diri guna sebelah tangan.

“Tapi selepas keluar hospital dan sihat, saya terus ke gerai tempat saya bekerja. Saya dah jadi penebar roti canai selama 14 tahun, kiranya dah sebati dalam diri. Cuma ambil masa sekejap untuk menebar dengan sebelah tangan.



“Mula-mula tak dinafikan memang sukar. Tapi lama-lama berlatih jadi bila biasa, ok saja.

“Apa yang saya boleh kongsikan, jangan pernah jemu berusaha. Selagi berusaha, Tuhan akan bantu. Kalau kita tak berusaha, takkan ada perubahan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu netizen turut melahirkan rasa kagum dengan kecekalan Kharil Badri berdepan ujian.



“Hati kau kuat bro! semoga dilimpahkan rezeki yang berkat.

“Teruskan berjuang bang, terus kuat demi mencari rezeki di dunia dan bekalan akhirat sana, InshaAllah Allah sayang abang.

“Kagum dengan adik ni, kuat semangat, semoga Allah mewahkan rezeki awak dik.

“Kuatnya semangat… Allahuakbar. Respect sangat-sangat dan semoga terus dilimpahkan seluas-luas rezeki ya,” demikian kata beberapa netizen.-mSTAR

@mad_ujang

inilah kisah perjalanan hidup saya dan impian saya.. moga² shabat smua sudi support saya mad ujang dan @Angah badrika7311 ., #fypsupport_me_guys💝💝 #fyppenebarsinglehand #penebarroticanai #fypterusbersemangatfyp #fyplikeshare #terimakasihAPHD

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

‘Hati Kau Kuat Bro’ Ramai Kagum Dengan Penebar Roti Canai Terbang ‘Single Hand’ [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker