Zaid berterima kasih pada Thomas kerana dedahkan ‘pilih kasih’ dalam kes Najib

Zaid berterima kasih pada Thomas kerana dedahkan ‘pilih kasih’ dalam kes Najib

Bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim berterima kasih kepada bekas peguam negara Tommy Thomas kerana “mendedahkan” berlakunya pilih kasih dalam kes SRC International Najib Razak.

Dalam temubual dengan Malaysiakini, Thomas berkata, kes SRC International Najib dipilih sebagai kes berkaitan 1MDB pertama untuk didakwa kerana ia “mudah dibuktikan”.



Bagaimanapun, dalam temubual sama Zaid berkata, Thomas “mengatakan ia (kes) rumit” kerana terdapat banyak dokumen dan transaksi yang perlu disemak.

Dalam temubual itu, Thomas menyifatkan dokumentasi kes itu sebagai “besar”.

“Saya ingin berterima kasih kepada Tommy Thomas kerana mengesahkan perkara ini,” kata Zaid dalam video yang dimuat naik di laman Facebooknya.

“Pembelaan Najib cuba meyakinkan mahkamah tentang perkara ini, dan lebih banyak masa diperlukan, tetapi tiada siapa yang mempercayai kami.”



Firma Zaid, Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners, dilantik untuk mengendalikan rayuan bekas perdana menteri itu tiga minggu sebelum ia didengar oleh Mahkamah Persekutuan.

Firma itu segera meminta penangguhan pendengaran, yang ditolak oleh mahkamah.

Ketika pendengaran bermula, peguam utama, Hisyam Teh Poh Teik memberitahu mahkamah bahawa pasukannya diberikan rekod rayuan yang “banyak” dan memerlukan “masa yang mencukupi untuk bersedia” dan menghujahkan kes mereka.

Permintaan Hisyam supaya rayuan itu ditangguhkan selama “tiga hingga empat bulan” ditolak oleh mahkamah.



Dalam temubual dengan Malaysiakini, Zaid menegaskan, Thomas berkata bahawa dia “bertekad untuk mendapatkan peguam terbaik dan paling bijak” untuk mendakwa Najib.

“Bagi saya, tidak kira dari mana peguam itu datang,” kata Thomas.

Pihak pendakwaan akhirnya menggunakan peguam daripada firma swasta seperti bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram dan peguam kanan V Sithambaram.

Bagaimanapun Zaid berkata, ketika Najib cuba mengambil Peguam Diraja UK Jonathan Laidlaw, Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu dengan menyatakan bahawa kepakaran asing tidak diperlukan kerana peguam Malaysia mampu mengendalikan kes melibatkan pengubahan wang haram dan pertuduhan rasuah di bawah undang-undang tempatan.



“Ini adalah pilih kasih dan hipokrit yang ingin saya nyatakan, yang menjejaskan penghakiman dalam kes ini,” katanya.

Dalam video itu, Zaid turut mempersoalkan mengapa “hakim khas” digunakan dalam kes SRC dan bukannya hakim yang biasanya mengetuai kes jenayah.

Walaupun Zaid tidak menyebut siapa yang dimaksudkannya, hakim perbicaraan Nazlan Ghazali, yang mensabitkan Najib pada 2020, sebelum ini berada di bahagian komersial sebelum mengambil alih kes Najib di mahkamah jenayah apabila perbicaraan sudah bermula pada Ogos 2018.

Majlis Peguam telah menggesa hakim terdahulu, Sofian Abd Razak, menarik diri selepas diketahui bahawa adiknya adalah ahli politik Umno dan anggota Exco kerajaan negeri Pahang. Dalam surat kepada peguambela Najib, Shafee & Co. bertarikh 8 Ogos 2018, Hakim Besar Malaya Zaharah Ibrahim ketika itu menyifatkan pemindahan itu sebagai sebahagian daripada rombakan pentadbiran biasa.



Pada 23 Ogos, Mahkamah Persekutuan sebulat suara mengesahkan sabitan Najib terhadap kesemua tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram yang dibawa berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib juga dikekalkan. FMT

Zaid berterima kasih pada Thomas kerana dedahkan ‘pilih kasih’ dalam kes Najib


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Siasat Rizal Mansor segera – Kadir

Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker