Cemburu bekas isteri temui pengganti, lelaki racun anak sampai mati

Cemburu bekas isteri temui pengganti, lelaki racun anak sampai mati

LA PAZ, Bolivia – Seorang lelaki di Bolivia dijatuhi hukuman penjara 60 tahun selepas didapati bersalah membunuh dua anaknya dengan memberi mereka makan yogurt beracun, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Dalam satu perbicaraan di sebuah mahkamah jenayah di bandar La Paz, Javier Hernandez Rojano, 37, dikatakan memberitahu bekas isterinya bahawa dia mahu membawa dua anak mereka yang berusia tujuh dan empat tahun membeli kasut baharu.



Dia sebaliknya membawa kedua-dua mangsa pulang ke kediamannya dan meletakkan racun serangga ke dalam yogurt sebelum menyuap kanak-kanak berkenaan.

Tertuduh selain itu turut cuba membunuh diri dengan memakan yogurt beracun berkenaan sebelum mengalami simptom kekejangan perut yang teruk.

Akibat tidak sanggup menahan sakit, tertuduh mengambil keputusan untuk menyerah diri di balai polis dan mengaku telah membunuh dua anaknya selepas diberi bantuan perubatan.

Dia menghabiskan beberapa minggu dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum dibenarkan keluar dari hospital dan sempat memohon maaf kepada ahli keluarga kerana tergamak membunuh anak-anaknya.



Menurut penyiasat kes, Rojano memberitahu bahawa motif pembunuhan adalah cemburu kerana bekas isterinya telah menemui kekasih baharu selepas perpisahan mereka.

“Si bapa memberi racun serangga kepada kedua-dua mangsa selepas cemburu kerana bekas pasangannya mempunyai hubungan dengan orang lain,” kata polis. K Online

Cemburu bekas isteri temui pengganti, lelaki racun anak sampai mati


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid



Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker