Erma beri amaran kepada Nabila Huda

Erma beri amaran kepada Nabila Huda

Gara-gara bakal melakonkan watak Nyai Sunarti dalam teater muzikal, Lantai T Pinkie, aktres berkaliber, Nabila Huda menerima amaran daripada pengarah Erma Fatima yang pernah membawakan watak sama ketika pementasan kali pertama kira-kira dua dekad lalu.

Mengulas amaran diberi, Nabila berkata, meskipun kata-kata diberi berbaur perangsang, namun pesanan Erma tetap membekas dalam hati.



“Saya ada hubungi Erma untuk memaklumkan yang saya akan memegang watak Nyai Sunarti.

“Erma cakap dia sudah tahu selepas ternampak hantaran saya dalam media sosial.

“Saya turut meluahkan kerisauan kerana watak ini berat dan memerlukan saya menyanyi dan menari.

“Bagaimanapun, saya yakin mampu melakukannya. Erma pesan, saya pelakon hebat dan pernah menang trofi, jadi jangan cuba nak malukan diri.



“Saya kena buat yang terbaik,” katanya.

Mengakui masih belum dapat menjiwai sepenuhnya watak perempuan kabaret itu, anak kepada bintang rock legenda, Datuk Amy Search itu berhasrat bertemu Erma bagi mendapatkan nasihat.

“Saya ada beritahu Erma yang saya akan bertemu dengannya. Hingga kini, saya masih belum nampak watak Nyai Sunarti masuk dalam diri.

“Jujurnya, saya tak pernah menonton teater ini, jadi saya tak boleh nak bayangkan. Saya kena jumpa Erma untuk berkongsi pengalaman.



“Erma minta saya hafal dialog terlebih dahulu sebelum berjumpa dengannya. Mungkin seminggu sebelum pementasan bermula saya akan pergi bertemu dengannya.” ujar Nabila ketika ditemui pada majlis pelancaran Muzikal Lantai T Pinkie di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, penulis asal karya iaitu Sasterawan Negara (SN), Datuk Seri A Samad Said dan barisan pelakon yang membintangi naskhah.

Antaranya, Zera Hariz, Faysal Saad, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Jalaluddin Hassan, Linda Nanuwill dan ramai lagi.

Sementara itu, mengulas watak yang bakal dibawakan, pelakon filem Rahsia itu menyifatkannya sebagai buku bertemu ruas.



“Selepas menjalani latihan, barulah saya sedar watak ini sangat berat. Bayangkan, saya kena bermonolog dalam tempoh yang agak lama.

“Boleh dikatakan ini adalah watak paling sukar sepanjang bergelar pelakon.

“Saya banyak berlatih menyanyi sambil menari dan perkara itu terbawa-bawa dalam kehidupan seharian hingga suami jadi risau. Ini baru dikatakan buku bertemu ruas,” ungkapnya.

Teater muzikal ini mendapat sentuhan Dr Rosminah Mohd Tahir sebagai pengarah dan diterbitkan CTRA Production.



Ia bakal dipentaskan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP selama tiga hari bermula 6 Oktober depan. BH

Erma beri amaran kepada Nabila Huda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dia raba dada saya – Sarimah

Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi

Tudung Nelydia Senrose terbang?

Caprice dakwa Bapa Mondy kena ‘payung’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker