Jangan meludah ke langit – Noh
Jangan meludah ke langit – Noh
“Jangan bercakap tanpa fakta dan meludah ke langit namun kena di muka sendiri,” kata Tan Sri Noh Omar.
Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu membidas kenyataan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri, Ir. Izham Hashim yang menyifatkan beliau tidak menjawab persoalan isu prinsip pengasingan kuasa dan kedaulatan undang-undang negara.
Tegas Noh, Exco Selangor itu sepatutnya bertanyakan diri sendiri faktor tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh 22 bulan.
“Ketika saya menjadi pembangkang dulu, siapa kerajaan yang tiada integriti dan mencampuri urusan judisiari?
“Apabila PH menang, siapa yang mendesak bekas Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meletak jawatan?
“Siapa sebenarnya yang menganggap Malaysia ini dia yang punya? Izham ini bercakap tanpa mengikut fakta dan biadap,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Klinik Zahran dan penyerahan van jenazah sumbangan Bank Rakyat di Sungai Terap di sini, petang tadi.
Khamis lalu, Kosmo! melaporkan Izham disifatkan sebagai pemimpin yang tidak matang dan tiada adab kerana menyatakan Malaysia bukan milik UMNO untuk sewenang-wenangnya memecat sesiapa.
Semalam, Izham memaklumkan kenyataan pemimpin UMNO mahu mencampuri urusan badan kehakiman dan sistem perundangan untuk menyingkirkan sesiapa yang tidak mengikut telunjuk mereka adalah memalukan dan tidak berintegriti.
Jelas Noh, parti keramat itu hanya mencadang dan menyatakan pandangan berkaitan perkara tersebut.
“Namun, mereka (kerajaan PH) sudah melaksanakannya (campur tangan politik) sebelum ini.
“Oleh sebab itu, rakyat kini boleh menilai bahawa kerajaan PH banyak menipu dan hanya memerintah dalam tempoh singkat sahaja,” ujarnya.
Dalam pada itu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, ada daripada cawangan atau Bahagian UMNO sudah menghantar nama lima calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Ia adalah prosedur atau proses yang ditetapkan dan saya akan menghantar senarai itu kepada kepimpinan tertinggi parti untuk diputuskan,” katanya. K Online
Jangan meludah ke langit – Noh
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Pemuda tegur pemimpin PAS kurang kritik Bersatu, jujurlah dengan UMNO
- Tubuh jawatankuasa khas siasat surat percepatkan perbicaraan Zahid – Shaiful
- Tahap sokongan kaum Cina: BN mengatasi PH
- Denda tinggi umpama ‘hukuman mati’ untuk keluarga Najib
- PRU-15 bapa segala pilihan raya
- Kalau Tok Mat ni, dah ok jalan rumah saya – Dayangku Intan
- Rundingan 27 kerusi Parlimen hidupkan semangat MN – Khairuddin
- Umno tak jadi kerajaan tanpa ‘pengorbanan’ Bersatu kenyataan songsang – Isham
- Eyka Farhana semakin berani berpakaian seksi
- Anna Jobling bakal berhijrah ke Indonesia?
- Cikgu potong rambut, bersih kepala pelajar dipenuhi kutu hidup [VIDEO]
- Pas beri UMNO 30 hari
- Ini luahan isi hati Peguam Rosmah selepas anak guam dijatuhkan hukum
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3
You must be logged in to post a comment.