Flem ‘Kampung Latah …The Mummy’ Aksi Lucu Buat Netizen Tak Kering Gusi [VIDEO]

Flem ‘Kampung Latah …The Mummy’ Aksi Lucu Buat Netizen Tak Kering Gusi

FILEM komedi Kampung Latah Kena Kuarantin kembali dengan sekuel terbaharu, Kampung Latah…The Mummy telah menemui penonton di saluran Astro First (480) bermula 25 Ogos.

Pada tahun lalu, filem pertama Kampung Latah telah berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta semasa tayangannya di Astro First.



Menerusi tinjauan Gempak di laman Facebook, rata-rata warga maya terhibur melihat aksi pelakon Bell Ngasri yang cukup dikenali dengan watak yang kelakar.

“Haha. Pecah perot laa gelak,” komen seorang warga maya.

“Sape yang ulang-ulang banyak kali kita geng.. Kenapa kau gagap setan…hahaha,” ujar seorang warga maya.

“Hahaha….. memang kelakor tengok muka pon dah kelakor,” tulis seorang warga maya.

“Takleh weh nak serius kalau dia ni berlakon,” komen seorang warga maya lagi.



Sekuel kali ini selain mengembalikan teraju utama daripada prekuel, seperti Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur, Din Latah dan Riezman Khuzaimi, Kampung Latah…The Mummy turut membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Adlin Aman Ramli, Bell Ngasri, Sharif Zero, Mamak Putih, Shashic Iewan, Acong Sweetchild, Jaafar Onn, Wanie Ooi, Souya, Along Kembo, Delimawati, Razak Ahmad, Sharwani Ns, Syuk Sahar, Ilham Abata dan ramai lagi.

Malah dari sudut jalan cerita pula, kelainan yang dipersembahkan adalah kisah fiksyen berkenaan ‘mummy’ dan melibatkan penyediaan prop dan busana yang teliti serta babak yang melibatkan CGI.



Filem Kampung Latah…The Mummy mengisahkan suasana Kampung Latah kembali kecoh dengan gelagat penduduknya.

Kisah bermula apabila kerja-kerja pembinaan untuk membina Kompleks Sukan Kampung Latah terhenti apabila pekerja kontrak terjumpa keranda ‘mummy’ dan apabila di buka ‘mummy’ tersebut bangkit lalu mengganggu penduduk.

Saksikan filem komedi seram Kampung Latah…The Mummy dengan melanggan Astro First di saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.



Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Bagi yang ingin menonton filem pertama Kampung Latah Kena Kuarantin, anda juga boleh melanggan kombo Koleksi Opocot! Latah yang menampilkan dua filem iaitu ‘Kampung Latah Kena Kuarantin’ dan ‘Kampung Latah…The Mummy’ dengan harga RM19.90 bermula 25 Ogos. –Gempak

Flem ‘Kampung Latah …The Mummy’ Aksi Lucu Buat Netizen Tak Kering Gusi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker