Bayi dibuang di tandas Masjid At-Taqwa, mulut disumbat tisu

 

LUMAJANG: Penduduk di Kampung Jogoyudan, Jawa Timur dikejutkan dengan penemuan bayi lelaki di sebuah tandas di Masjid At-Taqwa, hari ini.

Bayi tersebut ditemukan oleh seorang penduduk bernama Satiyam di dalam tandas wanita kira-kira pukul 6 pagi (waktu tempatan).



Selepas membuka pintu tandas, Satiyam terkejut apabila melihat sekujur tubuh bayi dalam posisi ditelungkupkan berdekatan saluran air.

Wanita itu pada mulanya menyangka bayi itu sudah tidak bernyawa kerana tiada bunyi tangisan yang dikeluarkan.

“Rupa-rupanya mulut bayi itu disumbat dengan tisu. Selepas tisu dikeluarkan, barulah terdengar tangisan bayi itu.

“Saya terkejut melihat tali pusat masih melekat pada badan bayi itu dan darah juga masih ada,” katanya lapor Kompas.com.



Seorang bidan di Lumajang berkata, bayi itu sebenarnya belum cukup bulan untuk dilahirkan kerana berat badannya hanya 1.9 kilogram.

“Bayi juga mengalami hipotermia akibat ditinggalkan dalam bilik air dengan keadaan telanjang bulat.

“Bayi ini baru sahaja dilahirkan dan mungkin baru satu jam. Ini kerana, tali pusat masih baharu dan bayi berada dalam keadaan sejuk. Bayi itu masih boleh diselamatkan,” jelasnya.

Bayi itu kini dirawat di Hospital Lumajang Bhayangkara dan menerima bantuan mesin oksigen.



Dalam pada itu, Ketua Polis Lumajang, Andhi Indra Septa berkata, pihaknya masih berusaha mengesan ibu dan bapa bayi tersebut.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3



Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker