Siapa boleh bercakap mewakili UMNO kalau bukan Ahmad Zahid

PETALING JAYA: Jika Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh bercakap mewakili parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang juga tidak boleh bercakap mewakili partinya sendiri.

Demikian penegasan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil berhubung kenyataan Presiden Pas itu terhadap Ahmad Zahid sebagai tidak ‘mewakili keseluruhan parti UMNO’.

Ia berhubung dakwaan Ahmad Zahid semalam yang dilaporkan berkata, UMNO bergerak ke hadapan secara sendiri kerana Pas hanya menawarkan kerjasama politik ‘dangkal’ di dalam Muafakat Nasional (BN).



Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) itu turut mempersoal siapa individu yang boleh bercakap  mewakili UMNO sekiranya Ahmad Zahid bukan individu sesuai.

Tegasnya, Abdul Hadi juga tidak perlu menghina Ahmad Zahid kerana beliau menang pemilihan jawatan tertinggi UMNO dan dipilih oleh majoriti perwakilan partinya.

Sedangkan, katanya, Abdul Hadi menang tanpa bertanding malah tidak diketahui jika beliau benar-benar mendapat mandat daripada akar umbinya.

“Entah dapat mandat ataupun tidak, wallahualam (Allah sahaja yang tahu). Orang yang lawan kamu, kamu cantas dan buang. Islam tidak ajar buat perkara begini. Islam lebih terbuka untuk menerima kritikan, seperti dalam sirah dan sunnah Rasulullah SAW.



“Bukan hina orang dan gelar orang dengan nama binatang, itik dan sebagainya atau label itu dan ini. Sebagai seorang yang digelar ulama, saya pasti tuan guru tahu akan hal ini,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Abdul Hadi dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar Pas Ke-68 di Kedah semalam dilaporkan berkata, dakwaan Ahmad Zahid bahawa UMNO bergerak solo tanpa MN kerana Pas menawarkan kerjasama politik dangkal sebagai tidak mewakili parti UMNO.

Ahmad Zahid sebelum itu berkata, UMNO perlu bergerak secara solo antara lain kerana tidak dapat menjalin kestabilan, keyakinan dan kerjasama kukuh dalam MN terutama selepas Pas menjalin hubungan dengan parti yang secara jelas mahu menghancurkan UMNO dari luar dan dalam.

Mengulas lanjut, Isham berkata, UMNO sebelum ini memang mahukan Muafakat Nasional (MN) bersama Pas, namun parti itu meninggalkannya dan bekerjasama pengkhianat UMNO (Bersatu) serta memberikan kerusi sebagai syarat bekerjasama dalam MN.



“Bagaimana akar umbi UMNO mahu percaya kamu lagi? Kini UMNO telah buat keputusan akan pergi solo dalam pilihanraya tanpa MN. Rata-rata akar umbi UMNO telah bersetuju.

“Lihat sahaja dalam perhimpunan UMNO baru-baru ini. Presiden telah mendapat mandat akar umbi supaya pilihan raya tidak ditangguh, BN pergi solo dan menolak kerjasama dengan pengkhianat.

“Kamu pula ingin pikul pengkhianat dan masih mahu paksa UMNO terima pengkhianat. Kami tidak akan ikut kemahuan serakah kamu,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3



Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker