Tren LRT laluan Kelana Jaya alami masalah teknikal, penumpang terkandas

Tren LRT laluan Kelana Jaya alami masalah teknikal, penumpang terkandas

Sebuah tren transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dilaporkan mengalami masalah teknikal di Stesen Universiti, mengakibatkan ramai penumpang terkandas.

Dalam kenyataan di Facebook pada 9.57 pagi tadi, Rapid KL berkata, laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.



Pada 10.05 pagi, ia berkata, tren di Stesen Universiti menuju ke Putra Heights itu mengalami masalah dan dalam proses baik pulih.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Sila ikuti perkembangan selanjutnya,” kata Rapid KL.

Tren yang terjejas itu berhenti tidak terlalu jauh dari Stesen Universiti, dengan penumpang terpaksa berjalan kaki menuju ke platform.

FMT difahamkan bahawa penumpang di Stesen Universiti menuju ke Putra Heights diminta mengambil laluan alternatif ke destinasi mereka.



Namun, kemudiannya, Rapid KL mula menggunakan platform lain untuk menempatkan penumpang yang menuju ke Putra Heights.

Penumpang yang terjejas oleh gangguan teknikal itu menyuarakan aduan mereka di media sosial.

“Setiap hari ada masalah teknikal, tidak malu ke?” luah seorang pengguna Facebook di kemas kini Rapid KL mengenai situasi semasa itu.

Seorang lagi warganet yang dalam perjalanan ke pejabat turut bertanyakan Rapid KL mengenai berapa lama mereka harus tunggu.



“Berapa lama ini akan mengambil masa? Sila kemas kini, orang ramai sedang berusaha untuk ke tempat kerja,” kata pengguna Facebook, LiLy Le Belle. FMT

Tren LRT laluan Kelana Jaya alami masalah teknikal, penumpang terkandas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar

Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka



Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker