PM arah Kedah ambil tindakan ke atas kolam Musang King Gunung Inas
PM arah Kedah ambil tindakan ke atas kolam Musang King Gunung Inas
BALING: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan kerajaan Kedah mengambil tindakan sewajarnya berhubung kolam takungan air projek durian Musang King di Gunung Inas bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku.
Ismail berkata, beliau difahamkan terdapat tiga kolam takungan besar yang membimbangkan penduduk daerah ini sekiranya pecah seterusnya boleh mengakibatkan bencana.
“Kita faham penduduk bimbang kalau kolam pecah akan bawa bencana, sebelum ini tiada lagi kolam pecah.
“Saya akan minta kerajaan negeri ambil tindakan sewajarnya, macam mana (cara) kita serah kepada kerajaan negeri dan demi keselamatan penduduk, kita akan bincang supaya ambil tindakan segera,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Doa Selamat Sambutan Hari Kebangsaan 2022 daerah Baling di Dataran Keluarga Malaysia di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Pembangunan Luar Bandar Mahdzir Khalid dan Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim.
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sebelum ini mengesahkan punca banjir di beberapa kampung di sini pada 4 Julai disebabkan kolam takungan yang dibina di puncak Gunung Inas, pecah.
Ditanya mengenai keperluan untuk membuat empangan bagi mengatasi masalah banjir di sini, Ismail berkata, KASA akan membuat kajian terperinci jika ia diperlukan.
Sementara itu, Ismail berkata, pemberian RM2,500 kepada 1,012 mangsa banjir di Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi pada 4 Julai lalu akan diberikan secara tunai hari ini dengan jumlah keseluruhan RM3.6 juta.
Perdana menteri turut mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk pembinaan jambatan konkrit kekal bagi menggantikan jambatan Bailey 2.43 meter di Kampung Iboi yang dibina oleh Kementerian Kerja Raya dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Jambatan Bailey itu disiapkan untuk ganti jambatan runtuh dan ia tak kekal. Tidaklah begitu mendesak dari segi penggunaan (jambatan konkrit), Bailey boleh guna tiga hingga lima tahun tapi bukan jangka masa panjang,” katanya sambil menambah kerajaan memperuntukkan RM4.8 juta untuk membaik pulih 17 titi di daerah itu.
Selain itu, beliau berkata, kerajaan memperuntukkan RM3 juta bagi pembinaan 17 rumah baharu untuk penduduk yang tinggal di tepi sungai di Baling atas faktor keselamatan dengan kadar segera dan kerajaan negeri telah mengenal pasti tapak sesuai.
Ismail juga mengumumkan, pembinaan 20 rumah baharu di Desa KEDA Sadek, Mukim Kupang bagi mangsa banjir puing itu dan ia sedang dilaksanakan.
Katanya, lapan daripada 20 rumah yang dibina agensi bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar itu dijangka siap pada 5 Oktober ini manakala 12 unit lagi di bawah kelolaan kerajaan negeri dijangka siap dalam masa terdekat.
“Saya datang untuk memastikan semua yang dijanjikan dan diumumkan dilaksanakan, itu yang lebih penting…saya tak mahu penduduk yang terkesan terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk disempurnakan apa yang dijanji.
“Sebab itu, hari ini, saya turun sendiri ke tempat kejadian atau ‘ground zero’ untuk memastikan apa yang dijanjikan kerajaan terlaksana,” katanya.
Terdahulu, Ismail menyerahkan komputer riba kepada pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) daerah Baling dan pelajar universiti yang juga mangsa banjir puing.
Beliau turut menyerahkan sumbangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), penyampaian cek kepada usahawan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), penyerahan sumbangan usahawan kecil dan asnaf sebanyak RM1,000 kepada 36 penerima oleh Bank Rakyat serta penyerahan cek RM50,000 kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baling). FMT
PM arah Kedah ambil tindakan ke atas kolam Musang King Gunung Inas
Baca Artikel Menarik:
- Tanya Raja Petra – Hamzah
- Jalur Gemilang berkibar gah di Burj Khalifa (Video)
- Lyodra bakal menjadi diva
- Kenapa Rafizi tak bongkar projek terowong, kenapa ia ghaib – Puad
- Pemuda beritahu pemimpin PAS, tunjuk siapa lawan mereka
- Izham tiada adab – Noh
- Terjun tingkat 21 selepas berselisih faham dengan teman wanita
- Gambar ‘gunung berapi mahu meletus’ di Ipoh, jadi kenangan terindah
- Bakal pengantin dicekup berkhalwat
- Peguam negara perlu letak jawatan berkait surat pada hakim
- Rakan Sepasukan Dipaksa Lakukan Seks Oral Akibat Kalah Pertaruhan
- Ahli Perniagaan Dalam Buruan Jho Low Bersembunyi Di Disneyland Shanghai? [VIDEO]
- Tuan Ibrahim semakin galak ‘menyerang’ UMNO
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.