Duda mati dibelasah rakan serumah kerana malas
Duda mati dibelasah rakan serumah kerana malas
SUNGAI PETANI: Seorang duda yang kerap kali dibelasah rakan serumah sejak sebulan lalu meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk diberikan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, petang semalam.
Mangsa berumur 39 tahun itu disahkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah di seluruh bahagian badan kerana dipukul menggunakan kayu.
Selain itu, pemeriksaan perubatan turut mendapati telinga kanan mangsa bengkak serta kesan luka di tangan kanan dan kiri termasuk kesan pukul di kedua-duaa belah pahanya.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan yang dihubungi mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa meninggal dunia pada pukul 3.40 petang semalam ketika dibawa ke Jabatan Kecemasan HSAH selepas tidak sedarkan diri di rumah kenalannya di Taman Gemilang, Sungai Lalang di sini.
“Selepas bercerai dengan isterinya beberapa bulan lalu, mangsa menumpang tinggal bersama seorang anak lelakinya di rumah kenalannya itu.
“Manakala dua lagi anak mereka tinggal bersama bekas isterinya di kawasan perumahan sama,” katanya.
Kata Zaidy, sebaik menerima laporan kematian mangsa daripada pegawai perubatan HSAH yang disyaki akibat kecederaan parah yang dialaminya, polis kemudian melakukan siasatan ke atas bekas isteri dan jirannya di taman perumahan tersebut.
“Siasatan kita kemudiannya mendapati mangsa sejak sebulan lalu sering dipukul oleh teman serumahnya kerana dikatakan enggan bekerja.
“Walaupun kejadian itu sering dilihat jirannya, namun, mereka tidak berani menghebohkannya kerana menerima ugutan daripada teman serumah mangsa yang dikenali sebagai seorang ahli kongsi gelap,” katanya.
Menurut Zaidy, pihaknya kemudian berjaya menahan rakan serumah mangsa dan suspek mengaku memukul mangsa menggunakan kayu dan tangan sejak sebulan lalu.
“Suspek mendakwa dia bertindak demikian kerana mangsa tidak mahu bekerja selain kerap memukul anaknya sendiri.
“Semakan rekod turut mendapati suspek mempunyai lima rekod lampau bersabit kes dadah dan jenayah dan kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. Utusan
Duda mati dibelasah rakan serumah kerana malas
Baca Artikel Menarik:
- Tanya Raja Petra – Hamzah
- Jalur Gemilang berkibar gah di Burj Khalifa (Video)
- Lyodra bakal menjadi diva
- Kenapa Rafizi tak bongkar projek terowong, kenapa ia ghaib – Puad
- Pemuda beritahu pemimpin PAS, tunjuk siapa lawan mereka
- Izham tiada adab – Noh
- Terjun tingkat 21 selepas berselisih faham dengan teman wanita
- Gambar ‘gunung berapi mahu meletus’ di Ipoh, jadi kenangan terindah
- Bakal pengantin dicekup berkhalwat
- Peguam negara perlu letak jawatan berkait surat pada hakim
- Rakan Sepasukan Dipaksa Lakukan Seks Oral Akibat Kalah Pertaruhan
- Ahli Perniagaan Dalam Buruan Jho Low Bersembunyi Di Disneyland Shanghai? [VIDEO]
- Tuan Ibrahim semakin galak ‘menyerang’ UMNO
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka
You must be logged in to post a comment.