Misteri Raja Bertanduk 2, benarkah Iskandar Zulkarnain seorang nabi? Bhg 2

Misteri Raja Bertanduk 2, benarkah Iskandar Zulkarnain seorang nabi? Bhg 2

Raja Zulqarnain yang disebut dalam al-Quran hanyalah satu gelaran yang membawa dua maksud iaitu Zul “orang yang memiliki atau mempunyai” manakala al-Qarnain ditafsir sebagi dua tanduk.

Menurut Abdul Mukti Baharudin, Pensyarah Jabatan al-Quran dan Sunnah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), kalangan ulama tafsir berbeza pandangan mengapa Allah menggelarkannya dengan Zulqarnain. Di antara pendapat ulama yang masyhur dari Suffian at-Thauri dari Habib bin Abi Thabit dari Abi Thufail katanya, telah ditanya Ali r.a. tentang Zulqarnain.



Maka jawab Ali r.a. “dia adalah seorang hamba Allah (yang memberi nasihat kerana Allah). Lalu dia menyeru kaumnya kepada Allah maka dipukul tanduknya lalu mati. Kemudian Allah menghidupkannya kembali. Dia menyeru lagi kaumnya kepada Allah dan dipukul lagi tanduknya lalu mati. Maka digelarkan dia Zulqarnain.” Ia juga diriwayatkan oleh Syu’bah daripada al-Qasim bin Abi Bazzah dari Abi Thufail yang mendengar kata-kata Saidina Ali tersebut.

Pun begitu masih terdapat pelbagai lagi pandangan yang mengaitkan nama Zulqarnain antaranya kerana baginda adalah raja yang dapat menguasai barat dan timur. Baginda telah mengembara ke kedua-dua tanduk dunia iaitu timur dan barat.

Baginda mempunyai dua tocang (rambut yang disikat dan digulung) seperti tanduk sehingga ada yang mengatakan baginda adalah dari bangsa Mongol. Tidak kurang juga yang mengatakan baginda merupakan raja Rom dan Parsi iaitu dua empayar kekuasaan yang sangat besar saat itu. Begitu juga ada yang berpendapat pada mahkotanya terdapat dua tanduk.

Bagi Wahab bin Munabih meriwayatkan di bahagian atas kepalanya menyerupai tanduk. Manakala bagi Zamakhsyary, berkemungkinan dinamakan Zulqarnain kerana keberaniannya, seorang yang mulia dan daripada ibu bapa yang mulia.



Selain itu pandangan lain mengaitkan dengan ilmu zahir dan batin yang dimiliki oleh baginda. Bahkan ramai juga yang beranggapan gelaran Zulqarnain disebabkan baginda mengembara ke tempat matahari tenggelam dan matahari terbit yang dinamai juga dalam bahasa Arab Qarmusy Syams (tanduk matahari). Inilah pendapat yang paling masyhur dikaitkan dengan nama Zulqarnain.

Adakah dia seorang nabi?

Berbicara lanjut Abdul Mukti menjelaskan lagi, di dalam hadis-hadis nabi s.a.w. dan riwayat-riwayat sahabat r.a. tidak ada riwayat yang menyebut secara jelas samada Zulqarnain seorang nabi atau tidak, kecuali dalam riwayat Saidina Ali r.a. yang menyebut bahawa baginda hanyalah seorang hamba yang soleh dan cintakan kepada Allah dan Allah cinta kepadanya.

Dari jalan riwayat Abi al-Thufail sesungguhnya Ibn al-Kawwai telah bertanya kepada Ali bin Abi Thalib tentang Zulqarnain,



“Adakah dia seorang nabi atau malaikat?” Jawabnya “Dia bukan nabi dan bukan malaikat, tetapi seorang hamba yang soleh. Dia cintakan kepada Allah dan Allah cinta kepadanya”

Dalam ayat 86 surah al-Kahfi Allah menyebutkan, “….kami berfirman, “wahai Zulqarnain!…”

Ayat ini menggambarkan Allah telah berbicara dengannya. Dari itu timbul pula khilaf pada ulama benarkah Zulqarnain menerima wahyu atau hanya sekadar ilham.

Sepertimana lazimnya, para nabi atau rasul berbicara dengan Allah sebagaimana kisah nabi Musa a.s. yang berbicara dengan Allah.



Dan untuk orang awam atau orang biasa, ia hanyalah sekadar ilham. Disebabkan itulah ada ulama yang bersetuju mengatakan Zulqarnain juga seorang nabi. Antaranya ulama seperti Fakhruddi al-Razi. Dia menggunakan dalil kepada firman Allah dalam ayat 84 yang berbunyi,

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi…”

Mereka menafsirkan kekuasaan atau kedudukan dalam ayat ini dengan kedudukan dalam agama. Dan kedudukan yang paling sempurna dalam agama sudah tentulah kedudukan kenabian (Nubuwwah)

“Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukan” al Kahfi: 84



Selain itu mereka juga menafsirkan lafaz umum bagi perkataan sababa (jalan) memberi maksud Allah menganugerahkan nubuwwah sebagai jalan kepadanya.

Dalam firman Allah dalam ayat 86 pula

“Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya) “wahai Zulqarnain! Pilihlah sama ada Engkau hendak menyeksa mereka atau Engkau bertindak secara baik terhadap mereka”

Dari dalil ini, mereka berpendapat bahawa Allah tidak akan berbicara di dunia ini kecuali kepada para nabi-nabinya. Bahkan ayat ini telah menunjukkan dengan jelas Allah sedang berbicara dengan Zulqarnain. Dari itu mereka teguh mengatakan Zulqarnain adalah seorang nabi.



Bukan wahyu tapi ilham

Walau bagaimanapun di situ terdapat juga pandangan sebahagian ulama yang melihat firman di sini bukanlah bermaksud wahyu sebagaimana yang diturunkan kepada rasul-rasul dan nabi-nabi yang dipilih oleh Allah, sebaliknya ia adalah ilham daripada Allah yang dicampakkan ke dalam hatinya.

al-Qurtubi menukilkan daripada al-Qusyairy Abu Nasr dengan katanya,

“Seandainya baginda seorang nabi, maka ia adalah wahyu. Dan seandainya baginda bukan nabi maka ia adalah ilham”

al-Jauzy pula dalam Zad al Masir fi ‘Ilm Tafsir, menyebutkan terdapat dua pendapat tentang hal ini, pertama baginda merupakan nabi berdasarkan pandangan Abdullah bin Amru dan ad-Dhahak bin Mahazim. Kedua baginda adalah seorang hamba soleh dan bukan nabi.

Dalam pada itu Wahab bin Munabbih sedikit berbeza pandangan. Baginya baginda bukanlah nabi dan bukan juga orang biasa melainkan seorang raja dan tidak diwahyukan kepadanya.

Justeru tidak dapat dipastikan apakah status sebenar Zulqarnain sama ada baginda adalah seorang nabi atau masyarakat biasa. Wallahu a’lam Utv

Misteri Raja Bertanduk 2, benarkah Iskandar Zulkarnain seorang nabi? Bhg 2
Misteri Raja Bertanduk 2, benarkah Iskandar Zulkarnain seorang nabi? Bhg 2


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker