YB ‘zip’ mulut, raptai lantikan exco Kedah esok…peralihan Isnin ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah Perikatan Nasional (PN) yang mengadap sultan Kedah Sultan Sallehuddin Badlishah hari ini tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kepada media.

Pendirian itu dibuat walaupun media berkumpul di luar Wisma Darul Aman, Alor Setar, tempat pertemuan dilangsungkan sejak 9.15 pagi

Ketika dihubungi, Ketua Pembangkang Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata “kena zip mulut hari ini”.

Difahamkan, Adun PH dijadual bertemu sultan pada sesi petang.



Sultan menerima mengadap kesemua Adun di negeri itu selepas PAS Kedah – pemegang kerusi terbanyak dalam DUN – mendakwa mempunyai sokongan 23 daripada 36 Adun untuk membentuk kerajaan baru.

Sementara itu, terdapat surat daripada pejabat setiausaha kerajaan negeri menyebut majlis angkat sumpah exco akan berlangsung Ahad ini.

Raptai acara itu difahamkan akan berlangsung esok.

Pergolakan di Kedah berlaku susulan pertembungan di peringkat pusat apabila Mukhriz, seperti Pengerusi Bersatu Mahathir Mohamad yang juga bapanya, menolak kerjasama dengan PN.



Setakat kelmarin, Mukhriz mengaku beliau masih menteri besar yang sah selagi PN belum membuktikan majoritinya secara rasmi.

Peralihan kuasa di Kedah paling lambat Isnin ini – laporan

Ketua Pembangkang Kedah Muhammad Sanusi Mohd Noor menjangkakan proses peralihan kuasa di negeri itu akan berlangsung paling lambat Isnin depan.

Jangkaan itu dilaporkan oleh media rasmi PAS Harakahdaily, selepas 23 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) mengadap Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Badlishah pagi ini.



“Sanusi menjangkakan proses peralihan kerajaan ini selesai paling kurang pada 18 Mei ini,” lapor Harakahdaily.

Portal itu juga melaporkan Perikatan Nasional (PN) dijangka mula mentadbir negeri apabila majlis angkat sumpah menteri besar yang baru dikatakan akan berlangsung pada masa terdekat.

PAS Kedah, yang mempunyai sokongan terbanyak daripada blok PN, mendakwa memperoleh sokongan 23 daripada 36 Adun, termasuk daripada dua Adun bebas dan empat wakil Bersatu.

Setakat kelmarin, Mukhriz Mahathir mengaku beliau masih menteri besar yang sah selagi PN belum membuktikan majoritinya secara rasmi.



Sementara itu, Harakahdaily juga melaporkan proses mengadap 23 Adun itu pagi ini berjalan lancar.

Sanusi, yang dikatakan calon menteri besar PN, antara yang terawal dipanggil mengadap, disusuli Adun lain secara berkumpulan.

“Beliau dilihat keluar dari Wisma Darul Aman dan tidak memberi sebarang kenyataan,” menurut laporan itu lagi.

Setiap ADUN yang hadir pagi ini, tidak dibenarkan memberi apa-apa kenyataan kepada media, menurut laporan itu lagi.



Menurut sumber akhbar itu, pada sesi petang, sultan akan menerima mengadap Adun PH pula, termasuk Mukhriz.

Sultan dilapor akan menerima mengadap kesemua Adun Kedah hari ini.

Pergolakan di Kedah berlaku susulan pertembungan di peringkat pusat apabila Mukhriz, seperti Pengerusi Bersatu Mahathir Mohamad yang juga bapanya, menolak kerjasama dengan PN.

Mkini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker