GERAKAN: Meninggalkan BN menyertai PN sebagai ‘Lembaran Baru’

KUALA LUMPUR: Penyertaan GERAKAN dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) akan membuka lembaran baharu dalam landskap politik negara.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata dengan keahlian berbilang bangsa penyertaan parti itu dalam keluarga besar PN mencerminkan keterbukaan serta komitmen berterusan perikatan berkenaan menerajui kepemimpinan negara yang berbilang kaum.

“BERSATU mengalu-alukan penyertaan GERAKAN dalam Perikatan Nasional.

“Semoga penyertaan ini akan meluaskan lagi politik khidmat bakti PN dan memberi impak lebih positif terhadap dasar PN dalam membela rakyat serta memajukan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, GERAKAN menjadi parti politik terbaharu diterima menyertai gabungan PN.

Penyertaan PPBM dalam MN, Tok Mat bukan talam dua muka

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau, dilaporkan berkata pihaknya menerima surat pengesahan yang ditandatangani Pengerusi PN yang juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Hasrat untuk menyertai PN sudah disuarakan sejak tahun lalu dan kami bersyukur, hari ini GERAKAN menjadi sebahagian daripada PN.

“Menjadi harapan kami supaya dapat meneruskan agenda perjuangan kepada rakyat bersama PN. Saya mewakili GERAKAN berterima kasih kepada Perdana Menteri berhubung perkara ini,” katanya ketika dihubungi BH.

Semalam, GERAKAN dilapor secara rasmi menjadi parti politik terbaharu diterima menyertai gabungan PN selepas menerima surat pengesahan ditandatangani Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, dilaporkan berkata hasrat untuk menyertai PN sudah disuarakan sejak tahun lalu dan bersyukur parti itu menjadi sebahagian daripada PN.

Wisma Putra siasat punca rakyat kita jadi gelandangan di Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker