Penyertaan PPBM dalam MN, Tok Mat bukan talam dua muka

Oleh Ab Jalil Backer

Beberapa sahabat mengkritik DS Mohamad Hasan apabila beliau menyatakan terdapat ketidaksenangan perasaan akar umbi UMNO mendengar penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional.

Tindakan Tok Mat membangkitkan isu ini sedangkan dalam masa yang sama beliau merupakan pengerusi bersama dengan Pas dalam mesyuarat J/Kuasa MN yang mencadangkan jemputan tersebut telah menimbulkan salah sangka dan persepsi negatif.

Sebenarnya dalam kenyataan tersebut tidak ada sebaran perkataan yang menyatakan Tok Mat sendiri tidak bersetuju dengan jemputan yang dibuat.

Sebaliknya beliau berkata ada keperluan UMNO mengkaji semula jemputan tersebut kerana maklum balas yang didapati dari ahli sangat negatif.

Mungkin kelemahan Tok Mat ialah hanya menyatakan perasaan ahli tanpa menerangkan proses jemputan dibuat.

Namun tidak betullah menyatakan Tok Mat talam dua muka dan sebagainya kerana beliau sekadar mengulas pandangan ahli bukannya menyatakan beliau tidak bersetuju secara peribadi.

Malah kesediaan Tok Mat mendengar pandangan ahli di bawah dan mencadangkan kajian semula menunjukkan beliau terbuka untuk diperbetulkan jika salah.

Secara peribadi saya berpendapat kegagalan parti menerangkan fungsi sebenar MN, mengumumkan secara telus jemputan yang dibuat dan memberi gambaran politik semasa adalah punca ahli menjadi marah dan hilang rasional.

Buatlah sidang media setiap kali tamat mesyuarat MT UMNO supaya ahli tahu apa keputusan-keputusan MT yang dibuat membabitkan dasar umum.

Related Articles

One Comment

  1. Ahli2 Umno kena berfikiran terbuka dan matang. Jangan cepat lupa diri selepas baru beberapa bulan merasa lega setelah menderita perit selama 22 bulan di bawah kerajaan PH. Kalaulah bukan kerana tindakan Bersatu dibawah TS Mahyuddin keluar dari PH, besar kemungkinan Umno masih lagi tercungap2 bak kata Tok Mat seperti sembilang kena karbait!! Besar kemungkinan yang kurang senang dengan penyertaan Bersatu dalam MN adalah pengikut2 pemimpin2 Umno yang tidak merasa habuan di bawah kerajaan PN sekarang. Mereka ini kena ingat zaman jadi raja dan warlord seperti di bawah BN dulu sudah tidak lagi releven, malah perangai berlumba2 mengisi tembolok tersebut yang menyebabkan pengundi2 Melayu benci dan meluat pada PRU14 dulu yang menyebabkan Umno tersembam dan dicaci. Sekarang rakyat mahu parti2 politik bekerja untuk kebajikan rakyat, kata2 dan janji2 manis sudah tak laku. Dan bagi kaum Melayu yang terpenting sekarang ialah menjaga dan memajukan kepentingan bangsa, agama dan negara. Sudah jelas kerajaan sekarang pimpinan TS Mahyuddin telah memenuhi aspirasi kaum Melayu dan disenangi oleh rakyat bukan- Melayu, kenapa ada lagi dalam Umno yang berfikiran jumud???

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker