Minum air tandas terawat atasi kemarau masa hadapan di Britain

Proses menyaring membran dari air kumbahan di Orange County, California, Amerika Syarikat. – New York Times

LONDON – Penduduk Britain mungkin akan mula mendapat bekalan air minuman daripada air kumbahan tandas yang dirawat menjelang tahun 2030, lapor akhbar Metro News UK semalam.

Idea itu mungkin kedengaran tidak masuk akal,  namun beberapa syarikat air tempatan dikatakan mempertimbangkannya  secara serius  sebagai salah satu alternatif bagi menghadapi musim kemarau di masa hadapan.

Sistem tersebut menyaksikan air dari loji kumbahan dialirkan ke dalam sungai berhampiran loji rawatan.

Ia kemudian dikumpulkan dan dirawat semula sebelum ditukarkan menjadi air minuman yang bersih.

Menurut Ketua Agensi Alam Sekitar, James Bevan, orang ramai perlu mula mengubah stereotaip mengenai air minuman yang diproses semula daripada kumbahan.

Bevan berkata, idea itu mungkin tidak popular tetapi air kumbahan terawat adalah sangat selamat dan sihat serta akan membantu melindungi bekalan air di Britain.

Katanya, masyarakat perlu mengubah pandangan tentang air dengan  melihatnya sebagai sumber yang berharga dan bukan barang percuma.

“Kita perlu ingat dari mana ia datang apabila kita membuka paip, air yang keluar bermula di sungai, tasik atau akuifer. Lebih banyak kita gunakannya, lebih banyak kita memberi tekanan kepada alam semula jadi dan hidupan liar.

“Bagi mengubah situasi ini, kita perlu mengambil pendekatan berbeza. Beberapa langkah ini adalah tidak popular jadi kerajaan perlu masuk campur dalam hal ini,”kata beliau.

Kekurangan bekalan air di Britain  menjadi isu serius pada musim panas  kali ini selepas gelombang haba menyaksikan kemarau diisytiharkan di kebanyakan negara Eropah.

Rekod hujan yang rendah telah mengurangkan paras air di takungan dan tasik serta  memaksa penguatkuasaan larangan pembaziran air paip di berjuta-juta kediaman.

Kemarau tahun ini adalah yang pertama dalam tempoh sedekad. Antara 1975 hingga 2012, terdapat lima kemarau rasmi yang diisytiharkan. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker