Remaja ditemui rentung dalam tandas awam

KUALA SELANGOR – Seorang remaja berusia 16 tahun ditemui rentung dalam sebuah tandas awam di Puncak Alam yang terbakar pada Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian disedari orang awam yang kemudian bertindak menghubungi bomba untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau, bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 2.35 petang kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

“Operasi itu disertai sepasukan 10 anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Saujana Utama,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Norazam berkata, pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan sebuah tandas awam yang berada di kawasan lapang.

Jelas beliau, anggota bomba kemudian menemui remaja lelaki itu yang disahkan sudah meninggal dunia.

“Tandas itu terbakar sebanyak 20 peratus dan api berjaya dipadamkan dalam tempoh lima minit,” ujarnya.

Menurut beliau, mayat mangsa diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.

Remaja ditemui rentung dalam tandas awam

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker