30 minit tangkap ular sawa telan anak lembu

HULU TERENGGANU – Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Hulu Terengganu mengambil masa setengah jam untuk menangkap seekor ular sawa yang kekenyangan selepas menelan anak lembu di Kampung Tapah, di sini pada Ahad.

Pegawai APM Daerah Hulu Terengganu, Kapten (PA) Mohd Zabri Abd Razak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian terbabit pada jam 9.16 pagi sebelum bergerak ke lokasi bersama dua pegawai dan lima anggota.

“Kehadiran ular itu disedari pemilik lembu yang berjaya mengesan jejak reptilia berkenaan ketika pergi ke kandang, ketika itu ular tersebut sudah tiada.

“Pemilik mengesyaki anak lembunya yang baharu dilahirkan beberapa hari lalu ditelan ular sebelum bertindak menghubungi talian kecemasan bagi memohon bantuan.



 

Ular sawa seberat 90 kg yang berjaya ditangkap pasukan APM selepas menelan seekor anak lembu di Kampung Tapah pada Ahad. -Foto Ihsan APM
Ular sawa seberat 90 kg yang berjaya ditangkap pasukan APM selepas menelan seekor anak lembu di Kampung Tapah pada Ahad. -Foto Ihsan APM

 

“Sebaik tiba, anggota APM bergegas ke kawasan bukit berhampiran kandang dan mendapati ular tersebut sudah menelan anak lembu berkenaan,” katanya di sini pada Ahad.

Menurut Mohd Zabri, pihaknya bertungkus lumus mengeluarkan ular sawa berkenaan dari semak menggunakan peralatan penjerut.



Beliau berkata, operasi menangkap ular sepanjang 20 meter dengan berat 90 kilogram (kg) itu selesai sepenuhnya pada jam 10.30 pagi dan haiwan berkenaan dilepaskan ke habitat asal yang tidak dikunjungi orang ramai.

“Difahamkan, beberapa ekor kambing milik penduduk sekitar sebelum ini sering kali hilang dipercayai ditelan ular. Jadi penangkapan ini melegakan mereka,” jelas Mohd Zabri.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung



 

 

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]



Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker