Usaha kerajaan tangani inflasi, kos sara hidup semakin berhasil – Ismail

Usaha kerajaan tangani inflasi, kos sara hidup semakin berhasil – Ismail

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan usaha kerajaan dalam menangani inflasi dan kos sara hidup sudah semakin membuahkan hasil yang positif.

Beliau berkata, perkara itu terhasil dengan usaha kerajaan secara berterusan termasuklah membentuk Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.



Justeru, Ismail Sabri berkata, kesannya dapat dilihat apabila kenaikan harga barang lebih terkawal dengan jaminan rantaian bekalan makanan dan barangan lebih meyakinkan terutama ayam dan minyak masak dalam botol.

“Langkah seterusnya, kerajaan memperluaskan dan menjenamakan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) kepada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM).

“Ia melibatkan 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara dan 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri merasmikan pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) dan Program JMKM Peringkat Kebangsaan di Dataran Kerayong, Bera, Pahang.



Program ReDI adalah salah satu program berimpak tinggi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi memastikan agenda digitalisasi khususnya penggunaan e-dompet dalam kalangan pengguna dan peniaga diperluaskan ke kawasan luar bandar.

Perdana Menteri berkata, program-program itu merupakan usaha berterusan kerajaan untuk membantu golongan peniaga dan pengguna ketika seluruh dunia berhadapan dengan peningkatan inflasi.

Sementara itu, bagi menggalakkan pembayaran tanpa tunai ini, Ismail Sabri berkata, kerajaan menawarkan inisiatif e-voucher Program Jualan Malaysia dengan peruntukan RM2 juta mulai 30 Ogos 2022 hingga 31 Disember 2022.

“e-voucher ini boleh dimuat turun melalui aplikasi MySales Tracker KPDNHEP,” katanya. E9



Usaha kerajaan tangani inflasi, kos sara hidup semakin berhasil – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung



Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker