Tauke herba berjaya pernah dilabel gila

Pernah dilabel ‘gila’, kini

BACHOK: Seorang warga emas yang pernah dianggap ‘gila’ kerana gemar mengutip dan mengumpul teras kayu serta pokok hutan kini pengusaha herba berjaya di negeri ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Roslan Mamat, 65, berkata, sindiran dan panda­ngan sinis terhadap usahanya itu bukan penghalang untuk berbakti kepada orang ramai.



“Niat saya satu iaitu membantu orang ramai yang sakit menerusi perubatan alternatif. Alhamdulillah, saya bukan sekadar bermeditasi dan bersuluk malah ada mendapat bimbingan guru serta sering merujuk pakar dalam bidang herba berkaitan,” katanya ketika ditemui di bengkel penghasilan herba dan biji tasbih di Kampung Dusun Tok Deh, Pantai Melawi semalam.

Roslan yang popular dengan gelaran Ayahmin Sifu berkata, sehingga kini dia sudah me­ngumpulkan pelbagai jenis teras kayu bernilai tinggi termasuk teras pokok kelor (mo­ringga oleifera), kayu kokka (attalea funifera), kayu pancar delima (puniha granutum) dan kayu nagasari (palaquium Rostratum).

Katanya, Malaysia kaya de­ngan pelbagai herba yang mustajab dan bergantung kepada keserasian pengguna.

“Bagi memastikan herba yang dihasilkan itu berkualiti, saya masuk ke hutan termasuk Gunung Jerai dan Gunung Ledang dalam mendapatkan hasil terbaik kepada orang ramai.



“Pembikinan herba untuk pelbagai jenis penyakit mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pembeli termasuk kayu tunjuk langit yang dikatakan lebih kuat pena­ngannya,” katanya.

Mengulas mengenai teras kayu, Ayahmin Sifu berkata, ia memiliki auranya yang tersendiri selain mempunyai unsur positif dan negatif dalam perubatan tradisional.

Katanya, harga seutas tasbih pula bergantung kepada gabungan jenis kayu, bilangan dan saiznya.

Ia dijual antara RM400 hingga mencecah lebih RM1,000.



“Syukur pada masa ini ia sudah menjadi produk keluarga.

“Semuanya ada yang dijual secara dalam talian, tempahan kilang serta bahan mentah yang diperlukan oleh pengusaha kosmetik dan sebagainya,” katanya. Utusan

Pernah dilabel ‘gila’, kini

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker