Trafik Kuala Lumpur lancar lancar sebab ramai pulang ke kampung

Keadaan jalan utama di Kuala Lumpur berjalan lancar biarpun terdapat kenderaan, berdasarkan tinjauan pada petang ini.

PETALING JAYA – Keadaan lalu lintas di beberapa jalan utama di ibu kota Kuala Lumpur dilihat tidak sesak jika dibandingkan dengan hari biasa, susulan orang ramai pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidiladha.

Tinjauan Kosmo! menerusi laman web jalannow.com pada petang ini mendapati, terdapat kenderaan di jalan-jalan utama dan keadaan trafik juga berjalan lancar biarpun hujan dilaporkan pada petang ini.

Menerusi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), antara laluan dipaparkan ialah Jalan Sultan Ismail/Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang/Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail/ Jalan P. Ramlee, Jalan Raja berdekatan Dataran Merdeka serta Jalan Tun Razak.

Dalam masa sama, tinjauan media sosial Twitter dan Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan Lebuh Raya Utara-Selatan mendapati, tiada laporan aliran trafik perlahan melainkan hanya disebabkan oleh kemalangan.



Aliran trafik di lebuh raya utama ke ibu kota dijangka akan meningkat bermula esok berikutan orang ramai pulang ke bandar selepas tamat cuti Hari Raya Aidiladha.

 

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]



Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker