Padah lumba haram, mat rempit kena tolak motosikal ke balai sambil nyanyi lagu merdeka

Padah lumba haram, mat rempit kena tolak motosikal ke balai sambil nyanyi lagu merdeka

PADAH berlumba secara haram, sekumpulan mat rempit terpaksa menolak motosikal mereka ke balai polis.

Insiden tular itu berlaku di Kota Malang di Jawa Timur, Indonesia.



Ketua Polis Kota Malang, Iptu Saiful Ilmi yang mengesahkan kejadian itu berkata, ia merupakan tindakan terhadap pelaku yang melakukan lumba haram, pada 2 pagi Ahad.

Rata-rata mereka masih di bawah umur, diarahkan menolak motosikal dari lokasi kejadian di Jalan Ahmad Yani ke Ibu Pejabat Polis Kota Malang.

Bukan setakat itu, mereka juga perlu menyanyikan lagu kemerdekaan negara Republik itu pada 17 Ogos lalu, di sepanjang jalan ke balai.

“Ini supaya mereka mendapat pengajaran untuk tidak melakukannya lagi. Rata-rata mereka masih remaja dan belajar di sekolah menengah.



“Kesemua motosikal dibawa kepada Polis Kota Malang untuk disita,” kata Saiful ketika dihubungi pada Ahad.

Tambah Saiful, motosikal akan disita selama sebulan dan perlu membayar denda sebelum menuntutnya.

Sebanyak 40 motosikal membabitkan 45 mat rempit yang terlibat dalam lumba haram ditahan polis.

Kesemua mereka melanggar peraturan di bawah akta Lalu Lintas Pengangkutan Jalan. – Kompas



Padah lumba haram, mat rempit kena tolak motosikal ke balai sambil nyanyi lagu merdeka

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kes Najib penganiayaan politik – Armand

Gurauan melampau rakan



Bekas mak nyah insaf selepas mimpi dibakar api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker