Negara boleh pulih dengan UMNO kembali berkuasa

Negara boleh pulih dengan UMNO kembali berkuasa

Pemimpin dan ahli UMNO harus sedar, serangan musuh politik ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya disasarkan kepada parti itu.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim berkata, UMNO menjadi sasaran banyak parti pembangkang disebabkan Najib antara pemimpin paling popular dan mendapat tempat di hati rakyat.



Katanya, rakyat pula menyokong UMNO kerana sedar parti terbesar orang Melayu ini yang menyelamatkan kuasa Raja Melayu. “Dulu, ketika kita menentang Malayan Union tahun 1946, orang tua sanggup berbasikal untuk nyatakan sokongan kepada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.

“Semangat itu masih diwarisi rakyat hari ini hasil kepimpinan Najib sebagai Presiden UMNO sebelum ini. “Najib melambangkan pemimpin Melayu yang dinamik, pemikiran luas, rancangan ke depan dan membantu bangsa, tetapi penyokong UMNO haruslah mewarisi semangat itu,” katanya.

Menurut Zaid, UMNO tidak boleh terus lesu jika mahu menang dan bangkit selepas kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Kata beliau, kalau UMNO lesu tidak mustahil parti itu akan menghadapi masalah pada PRU15 ini.

“Rakyat suka pemimpin berwibawa. Jadi, UMNO kena berubah dari sekarang untuk bangkit lebih bersemangat. “UMNO sudah kalah sekali PRU14, kalau tidak kena buat UMNO akan kalah dua kali. U



MNO kena susun semula, kena ada seorang pemimpin baru yang berani dan tegas untuk menghidupkan semula semangat kita orang Melayu.

“Sebab kita orang Melayu, busuk tak busuk UMNO, kita kena ingat jasa UMNO kepada kita. Orang Melayu kena ingat,” katanya.

Beliau turut menjelaskan kes yang dihadapi Najib sehingga diputuskan bersalah dan menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

Katanya, beliau pada dasarnya sedih sebab Najib seolah tidak mendapat pembelaan sewajar. “Menunjukkan pembelaan terhadap Najib bukan bererti kita kata dia tidak bersalah, soal menang kalah kita serahkah kepada hakim.



“Tapi saya lihat isu perundangan yang diketepikan dalam hal ini wajar untuk UMNO membela. Ini bukan bererti campur tangan terhadap keputusan itu, ini bererti kita merasakan aspek keadilan lain perlu diperjuangkan, tetapi UMNO diam,” katanya.

Kata Zaid, mengikut kefahamannya, negara hanya boleh bergerak semula dengan UMNO kembali berkuasa untuk membela rakyat yang pelbagai lapisan. MG

Negara boleh pulih dengan UMNO kembali berkuasa


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya



Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker