PAS, BN ke Istana Negara petang ini dakwa cukup majoriti

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mendakwa parti Islam itu dan Barisan Nasional mempunyai majoriti mencukupi untuk ditunjukkan kepada Agong petang ini.

Beliau mengumumkan perkara itu kepada pemberita di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

“Kita ada jumlah yang cukup iaitu 129 (ahli Dewan Rakyat). Petang ini kami akan menghadap Agong di Istana Negara,” katanya.

Ketika ini Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga sedang berada di Istana Negara.



Ditanya adakah mereka akan bertemu Agong bersama Mahathir, Takiyuddin sekadar menjawab: “Ya”.

FMT difahamkan beberapa pemimpin PAS dan Umno berkumpul di Menara Dato Onn, menunggu arahan lanjut daripada Presiden Ahmad Zahid Hamidi dan Abdul Hadi Awang.

FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker