Mahkamah tolak permohonan Shafee beri masa sedia hujah gugur Tengku Maimun

Mahkamah tolak permohonan Shafee beri masa sedia hujah gugur Tengku Maimun

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan peguam Shafee Abdullah supaya memberi tempoh “kurang 24 jam” bagi membolehkannya menyediakan hujah dalam usaha Najib Razak menggugurkan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat daripada mendengar rayuan kes SRC International.

Ketika menolak permohonan itu, Tengku Maimun berkata “kita dapati tidak ada sebab untuk menangguhkannya”.



Shafee yang kembali menyertai pasukan pembelaan Najib pagi ini berkata, beliau tidak mempunyai sebarang dokumen mahkamah bersamanya sekarang selain hadir ke mahkamah itu dari tempat lain di Petaling Jaya.

Terdahulu, peguam utama, Hisyam Teh Poh Teik memberitahu mahkamah bahawa Shafee akan membantunya dalam usaha Najib membuat permohonan agar Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan kes SRC.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Mahkamah tolak permohonan Shafee beri masa sedia hujah gugur Tengku Maimun




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?



Najib lafaz sumpah laknat

Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker