Suami Hana dari ‘neraka’
Suami Hana dari ‘neraka’
Beirut: Hanya kerana tidak menggugurkan kandungan, seorang wanita di Lubnan dipukul dan dibakar suaminya.
Lebih menyayat hati, wanita terbabit, Hana Mohammed Khodor, 21, disahkan maut ketika menerima rawatan di hospital, pada Rabu.
Hana meninggal dunia di Hospital Al Salam di utara Lubnan selepas 11 hari bertarung nyawa.
Doktor hospital berkenaan berkata, Hana menerima rawatan sejak 6 Ogos lalu kerana melecur pada seluruh badan.
Beliau berkata, anak yang dikandung Hana juga disahkan meninggal dunia dan sudah dikeluarkan menerusi pembedahan.
Doktor pada masa itu memaklumkan peluang Hana untuk pulih sangat tipis.
Rakan keluarga mangsa, Abdul Rahman Haddad berkata, Hana meninggal dunia pada Rabu lalu, dan kematiannya disahkan oleh pegawai hospital.
Beliau berkata, jenazah wanita itu sudah dituntut keluarga untuk urusan pengebumian.
Menurut laporan media tempatan, suami Hana memukulnya kerana dia enggan menuruti arahan untuk menggugurkan kandungan.
Katanya, pasangan itu berasal dari keluarga miskin di pekan kecil di Tripoli dan tidak mampu menjaga bayi itu jika dilahirkan kelak.
Ibu saudara mangsa berkata, mangsa enggan menuruti permintaan suaminya menyebabkan dia dibakar suaminya menggunakan silinder gas.
Suami mangsa sudah ditahan Pasukan Keselamatan Dalam Negeri Lubnan ketika dia cuba melarikan diri ke luar negara. HM
Suami Hana dari ‘neraka’
Baca Artikel Menarik:
- Letupan kecil di Pavilion KL akibat litar pintas
- Neelofa mohon maaf salah panggilan ‘boy’
- Lelaki jual donat 10 sen sebiji seronok niaga sambil sedekah
- Pengasas Majalah Gila-Gila meninggal dunia pada usia 75 tahun
- Saya dengan presiden sangat rapat – Ismail
- Kaitkan rasuah dengan etnik tertentu tindakan dangkal – Lian Ker
- Doktor Ini Jawab Tular Di TikTok Konon Air Coke Mampu Legakan Batuk! Boleh Ke? [VIDEO]
- Nahas di tapak ECRL, lelaki maut kepala digilis lori sendiri
- Wanita tikam suami curang, rebus mayat dalam periuk
- Wanita buat senaman perut sambil tergantung di tepi pesawat
- Wanita berhabis RM265,000 untuk jadi kembar Kim Kardashian
- Lelaki mati ditembak lapan das depan pagar rumah
- Pegawai imigresen ‘halau’ orang awam ditukar serta-merta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.