Saya dengan presiden sangat rapat – Ismail

Saya dengan presiden sangat rapat – Ismail

Di sebalik pelbagai spekulasi yang melatari perjalanan parti dan kerajaan, Ismail Sabri Yaakob menegaskan, dia mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Ahmad Zahid Hamidi.

Malah kata perdana menteri, hubungan mereka terjalin lama sebelum kedua-duanya menjadi anggota kerajaan.

Hubungan tersebut, kata Ismail Sabri, terbina sejak ‘zaman persekolahan’ lagi.

“Saya dengan presiden, macam ni!” kata Ismail Sabri sambil menunjukkan kedua-dua jari telunjuknya dicangkukkan.

Ahli Parlimen Bera itu ditanya mengenai kemungkinan berlaku pergeseran di antara pihak dalam kabinet dengan pemimpin tertinggi Umno ketika ini, khususnya berhubung langkah mengadakan pilihan raya umum (PRU).

Ada pihak menganggap Ismail Sabri sengaja belum mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mencadangkan agar parlimen dibubarkan. Pada masa sama Ahmad Zahid selaku presiden parti sudah berkali-kali menyatakan perlunya PRU diadakan segera.

Ahmad Zahid tidak berseorangan dalam desakan tersebut kerana gesaan berkenaan turut disambut oleh beberapa pemimpin Umno, khususnya dalam kalangan yang tiada dalam kerajaan.

Sesetengah pihak juga membuat spekulasi bahawa desakan tersebut ada kaitan dengan perbicaraan mahkamah yang sedang dihadapi beberapa pemimpin kanan Umno, khususnya Ahmad Zahid sendiri.

Bekas presiden Umno Najib Razak pula sedang berada di peringkat akhir untuk mengetahui nasibnya selepas disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2020 atas semua tujuh pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Tak suka bercerita di luar

Menurut Ismail Sabri, tidak wujud sebarang isu di antara dia dengan Ahmad Zahid dan ahli parlimen Bagan Datuk itu merupakan rakan karib abangnya semasa mereka belajar di Universiti Malaya.

“Kalau saya ponteng sekolah pun, saya tumpang tidur di bilik dialah (Ahmad Zahid),” katanya yang ketawa mengingat kejadian yang berlaku puluhan tahun silam.

Tambah naib presiden Umno itu lagi, sehingga sekarang pun dia kekal rapat dengan Ahmad Zahid.

“Tak timbul isu… isu peribadi (dengan Ahmad Zahid) tak timbul,” katanya.

Ismail Sabri juga menegaskan dakwaan berlaku pertembungan dan perpecahan dalam Umno hanyalah dakwaan pihak di luar saja.

Di peringkat parti, katanya, dia dan empat lagi pemimpin tertinggi pertubuhan tersebut – yang selalu dirujuk sebagai “top five” – sering bertemu dan biasanya bertemu sebulan sekali.

Pertemuan tersebut, katanya, berlangsung dalam keadaan yang baik.

Jika ada kelapangan masa, kata Ismail Sabri, dia akan pergi sendiri menemui Ahmad Zahid dan berasa ia tidak perlu dihebahkan kepada pihak lain

“Saya bukan orang yang jenis suka bercerita di luar, atau buat sidang media apabila berkunjung ke rumah presiden,” katanya.

Lima pemimpin tertinggi Umno itu merujuk kepada Ahmad Zahid, serta Mohamad Hasan selaku timbalan presiden, Mahdzir Khalid, Mohamed Khaled Nordin dan Ismail Sabri sendiri.

Mahdzir dan Khaled merupakan dua lagi naib presiden Umno selain Ismail Sabri. MG

Saya dengan presiden sangat rapat – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker