Rupa-rupanya tiada cukai jalan, insurans

Rupa-rupanya tiada cukai jalan, insurans

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menjelaskan penunggang p-hailing yang videonya tular berjalan kaki selepas kenderaannya di sita adalah kerana memandu tanpa cukai jalan dan insurans.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, kesalahan itu dikesan ketika pemeriksaan di sekatan jalan raya.



“Bahagian Penguatkuasaan JPJ Negeri Sembilan menerima maklumat tular di media sosial berkenaan sebuah motosikal pekerja p-hailing disita jam 12.38 tengah hari semalam.

“Operasi Statik dijalankan di Jalan Persiaran Negeri, Nilai itu bagi mengesan kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna jalan raya.

“Sepanjang penguatkuasaan itu, pelbagai kesalahan dikesan dan diambil tindakan termasuk motosikal yang ditunggang lelaki itu yang melakukan kesalahan menunggang motosikal dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada insurans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas beliau, tindakan menyita motosikal dilakukan untuk menjaga keselamatan penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.



“JPJ memandang serius kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh mereka yang mengabaikan undang-undang atau peraturan yang ditetapkan.

“Kami juga akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya lain,” katanya.

Terdahulu, tular video di media sosial menunjukkan penunggang p-hailing terbabit berjalan kaki selepas motosikalnya disita sekali gus mengundang kecaman netizen. BH

Rupa-rupanya tiada cukai jalan, insurans



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri



Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)

Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)



Mondy dakwa Ebit Lew kotor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker