Pengasas Majalah Gila-Gila meninggal dunia pada usia 75 tahun

PETALING JAYA – Kartunis terkenal, Mishar atau nama sebenar Mior Shariman Mior Hadan, meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat Covid-19 malam tadi.

Mishar juga merupakan salah seorang pengasas kepada majalah Gila-Gila yang terkenal sekitar tahun 1980-an.

Menurut laporan dari akhbar KOSMO, keadaan beliau sebelum ini juga dilaporkan agak kurang baik kerana diserang penyakit angin ahmar.

Pemergiannya dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook, Rumah Kartun dan Komik Malaysia (MCCH) semalam.

“Jasa dan peranan Allahyarham dalam memartabatkan dunia kartun dan komik negara adalah terlalu besar dan seluruh warga kartunis negara amat berasa kehilangan beliau.

“Semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang soleh,” katanya.

Dalam pada itu, sentuhan emas beliau telah mengevolusikan industri kartun dan komik negara selama tiga dekad sehingga dikurniakan Anugerah Tokoh Penggiat Kartun 2012 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu. –

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker