Kaitkan rasuah dengan etnik tertentu tindakan dangkal – Lian Ker
Kaitkan rasuah dengan etnik tertentu tindakan dangkal – Lian Ker
Naib Presiden MCA Ti Lian Ker mengingatkan rakyat Malaysia bahawa rasuah adalah kejahatan sejagat yang tiada kaitan dengan mana-mana kaum dan budaya.
Dia berkata pihak yang cuba mengaitkan gejala rasuah dengan kaum tertentu mengambil langkah yang merugikan.
“Pertamanya, semua agama menentang rasuah. Semua agama melarang amalan rasuah dan salah guna kuasa bukan sahaja dari sudut undang-undang tetapi moral juga.
“Di Malaysia, rasuah berleluasa pada 1980-an dan bertambah buruk pada 90-an kerana beberapa faktor seperti kronisme dan nepotisme.
“Kita perlu memahami sifat dan puncanya tanpa stereotaip dan mengaitkannya dengan mana-mana kumpulan tertentu,” kata Ti kepada Malaysiakini.
Timbalan menteri belia dan sukan itu mengulas dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa bukan Islam dan bukan bumiputera merupakan kumpulan majoriti menjadi perosak politik dan ekonomi negara ini.
“Mengaitkan rasuah kepada mana-mana komuniti, etnik atau budaya tertentu adalah dangkal,” kata Ti.
Dia menggesa rakyat Malaysia supaya bangkit memerangi gejala rasuah melangkaui batas kaum dan agama.
“Ini boleh dilakukan melalui penguatkuasaan, pendidikan dan kesedaran tentang kerosakan akibat amalan ini.
“Sebaik-baiknya, kita mesti memulakannya dari muda dan pendidikan adalah cara terbaik ke hadapan.
“Sudah tiba masanya kita memberi perhatian dan usaha yang serius ke arah membanteras penyelewengan ini dengan menanamkan rasa takut kepada Tuhan kepada semua orang apabila melibatkan rasuah,” katanya.
Terdahulu, kenyataan Hadi itu mendapat kritikan daripada Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang mengatakan dakwaannya tidak berasas dan menyemarakkan sentimen perkauman dan agama. MG
Kaitkan rasuah dengan etnik tertentu tindakan dangkal – Lian Ker
Baca Artikel Menarik:
- Teh o ais kayangan RM5, kedai dikenakan kompaun
- Peniaga nasi ayam & itik viral berdosa perlu bertaubat dan mohon maaf – Mufti
- Ayid penkid sentiasa berpakaian lelaki
- Proton Exora 2023 dengan harga bermula RM62,800
- Keberanian Ismail Sabri memimpin semakin diakui
- Umno tak beri pimpinan negeri autonomi kerjasama dengan PAS, Bersatu
- Anak perempuan The Rock penyambung legasinya dalam WWE
- Alhamdulillah, isteriku sudah bertudung – Sonny Bill
- Ira Kazar dipanggil Jawi
- Adakah kertas siasatan kes Nazlan yang bocor sah, SPRM disoal
- Tindakan kejam! Brigedier Jeneral Indonesia tembak mati beberapa ekor kucing termasuk yang bunting
- Aksi berbalas ciuman Meerqeen dengan selebriti Indonesia dikecam
- Sindir pihak berkuasa, jalan berlubang jadi ‘kebun’ pisang [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri
Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)
MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen