Teh hitam bantu turunkan berat badan
LONDON – Satu kajian terbaharu mendedahkan bahawa beberapa jenis teh berupaya membantu individu untuk mengurangkan berat badan terutamanya pada bahagian perut, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.
Antaranya ialah teh hitam yang mempunyai kandungan kafein tertinggi dalam ‘keluarga’ teh. Ia dikaitkan dengan keupayaan menghilangkan lemak tersembunyi atau dikenali sebagai lemak visceral.
Teh hitam juga kaya dengan flavonoid yang dipercayai pakar-pakar kesihatan adalah faktor lain untuk penurunan berat badan.
Kajian selama 14 tahun melibatkan 4,280 orang dewasa mendapati bahawa mereka yang mengambil lebih banyak flavonoid dalam sama ada makanan atau minuman, mempunyai indeks jisim badan (BMI) lebih rendah.
Kajian yang diterbitkan jurnal National Library of Medicine itu mengkaji kesan teh hitam pada komposisi badan dan metabolisme.
Penyelidikan itu melibatkan peminum teh lelaki dan wanita biasa yang minum tiga cawan teh hitam sehari.
“Pengambilan teh hitam secara kerap selama tiga bulan oleh peserta didapati menghalang penambahan berat badan, mengurangkan lilitan pinggang dan nisbah pinggang ke pinggul.
“Kajian kami menunjukkan bahawa pengambilan teh hitam secara berkala dalam jangka pendek selama tiga bulan menghalang berat badan bertambah,” demikian menurut kajian tersebut.
Satu lagi j teh yang boleh mengurangkan berat badan adalah teh oolong yang merupakan teh tradisional masyarakat China.
Ia terbukti membantu menghilangkan lemak tersembunyi berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap haiwan. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Teh o ais kayangan RM5, kedai dikenakan kompaun
- Peniaga nasi ayam & itik viral berdosa perlu bertaubat dan mohon maaf – Mufti
- Ayid penkid sentiasa berpakaian lelaki
- Proton Exora 2023 dengan harga bermula RM62,800
- Keberanian Ismail Sabri memimpin semakin diakui
- Umno tak beri pimpinan negeri autonomi kerjasama dengan PAS, Bersatu
- Anak perempuan The Rock penyambung legasinya dalam WWE
- Alhamdulillah, isteriku sudah bertudung – Sonny Bill
- Ira Kazar dipanggil Jawi
- Adakah kertas siasatan kes Nazlan yang bocor sah, SPRM disoal
- Tindakan kejam! Brigedier Jeneral Indonesia tembak mati beberapa ekor kucing termasuk yang bunting
- Aksi berbalas ciuman Meerqeen dengan selebriti Indonesia dikecam
- Sindir pihak berkuasa, jalan berlubang jadi ‘kebun’ pisang [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri
Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)
MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen