‘Tendang keluar’ penyandang, penyokong PAS Gual Periok turunkan bendera tanda protes

Penyokong Pas di kawasan DUN Gual Periok turunkan bendera parti itu selepas penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Mohamad Awang dilaporkan tidak tercalon pada PRN 12 Ogos depan.

RANTAU PANJANG – Beberapa penyokong Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Periok sepakat menurunkan bendera parti itu selepas nama penyandang kerusi kawasan berkenaan, Datuk Mohamad Awang atau Ustaz Mad dilaporkan tidak tercalon pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos depan.

Wakil penyokong, Zakaria Omar, 60, berkata, tindakan itu sebagai tanda protes selepas tokoh berkenaan dikatakan bakal diganti oleh calon yang berada di luar Kelantan.

“Kami melihat tiada keperluan untuk menggantikan Ustaz Mad yang disifatkan cukup cemerlang dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat di Gual Periok.

“Beliau (Ustaz Mad) cukup disayangi, selain pemimpin yang bersifat cakna dengan setiap masalah rakyat,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.



Menurut beliau, difahamkan calon yang bakal menggantikan Ustaz Mad tidak dikenali oleh penduduk setempat.

Ujarnya, pengganti itu juga didakwa sudah kalah dua kali dalam pilihan raya sebelum ini dan bertanding di luar Kelantan.

“Saya bimbang jentera parti dan penyokong akan merajuk dengan tindakan ini sekali gus menyulitkan gerak kerja kempen Pas,” katanya.

Bagi Penghulu Mukim Bakat, Ruziha Mamat, 55, berkata, seluruh jentera parti kecewa dengan tindakan pucuk pimpinan parti yang didakwa menggugurkan nama Mohamad.



Ujarnya, tindakan itu dijangka menggugat peluang Pas untuk menyapu bersih 45-0 di kawasan DUN Kelantan pada PRN nanti.

“Kalau Ustaz Mad calon, saya yakin Pas akan meraih kemenangan mudah kerana beliau cukup disayangi oleh rakyat.

“Sepatutnya, kepimpinan pusat datang berbincang dengan pihak DUN Gual Periok sebelum membuat keputusan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Rafti Mat Zain, 38, memberitahu, Mohamad merupakan pemimpin yang cukup disegani dalam kalangan anak muda.



Tambahnya, sikap cakna menjadikan anak muda cukup menyayangi pemimpin tersebut.

“Satu kerugian buat Pas kalau terus berkeras membawa balik calon luar bertanding di sini,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bell dedahkan pernah dihina pengarah terkenal

Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35



Berani Buat Tahi – Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel

Netizen Terkejut Tengok Dress ‘Private Party’ Lana Nodin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker