PM kata tiada keperluan melantik TPM, 4 menteri kanan sudah cukup [VIDEO]

Ismail Sabri Yaakob berkata beliau tidak ada keperluan melantik timbalan perdana menteri (TPM) kerana sudah pun disokong oleh empat menteri kanan dalam Jemaah Menteri pimpinannya.

PUTRAJAYA: Ismail Sabri Yaakob berkata beliau tidak ada keperluan melantik timbalan perdana menteri (TPM) kerana sudah pun disokong oleh empat menteri kanan dalam Jemaah Menteri pimpinannya.

Perdana menteri berkata demikian setelah Perikatan Nasional (PN) dilapor mahu mengatur pertemuan rasmi untuk mendesaknya menunaikan janji melantik TPM daripada Bersatu.

“Saya dah ada empat menteri kanan yang membantu saya. Maknanya, seolah-olah ada empat timbalan perdana menteri. Seolah-olah saja walaupun tidak. Benda (kemudahan) yang diperolehi hampir sama – ada ‘rider’ (pengiring berkenderaan), ada ‘bodyguard (pengawal peribadi), macam-macam lah. Lebih kurang TPM.

“Jadi setakat ini, tidak menyusahkan (atau) membebankan saya lah tanpa TPM sebab keempat-empat menteri kanan saya sudah pun mewakili parti yang dah ada,” kata Ismail yang juga naib presiden Umno, kepada FMT dan wakil beberapa media lain dalam temubual sempena setahun Keluarga Malaysia.

Empat menteri kanan dalam Jemaah Menteri Ismail adalah Azmin Ali dan Radzi Jidin dari Bersatu, Hishammuddin Hussein (Umno) dan Fadilah Yusof (Gabungan Parti Sarawak).

Ismail berkata secara umum, komposisi Jemaah Menteri yang ada sekarang diterima baik “semua orang” dan tidak mahu perkara itu dijadikan “isu besar yang boleh merosakkan hubungan antara kita.”

“Yang cakap banyak tu orang di luar. Yang dalam Jemaah Menteri tak pernah timbul isu pun,” kata Ismail, yang juga Ahli Parlimen Bera.

Kalangan pemimpin Bersatu sebelum ini menyelar Ismail kerana dikatakan tidak mematuhi perjanjian yang diikat dengan presiden parti itu, Muhyiddin Yassin berhubung perlantikan TPM dan beberapa perkara lain.

Perjanjian itu dikatakan dimeterai sebelum Ismail dilantik sebagai perdana menteri pada Ogos 2021.

Khamis lalu, Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin berkata beliau telah menulis surat memohon tarikh baharu untuk mengadakan pertemuan rasmi dengan Ismail.

Hamzah turut mengesahkan pertemuan beberapa pemimpin PN dengan Ismail sebelum ini secara tidak rasmi dan lebih kepada sembang santai.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker