PM Finland jalani ujian dadah
![](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2022/08/62871135_303.jpg)
HELSINKI – Perdana Menteri Finland, Sanna Marin memaklumkan kelmarin bahawa beliau telah menjalani ujian dadah, lapor akhbar laman berita Arab News kelmarin.
Marin berbuat demikian susulan pendedahan rakaman video awal minggu ini yang menunjukkannya berparti bersama rakan-rakan, namum beliau berikrar tidak pernah mengambil dadah.
“Hari ini (kelmarin) saya menjalani ujian dadah, manakala keputusannya akan diketahui dalam masa seminggu. Tidak pernah dalam hidup ini, saya mengambil dadah,” katanya dalam satu sidang akhbar.
Tambah Perdana Menteri berkenaan, keupayaan untuk melakukan tanggungjawabnya tidak terjejas pada hari berkenaan, manakala beliau akan meninggalkan parti tersebut sekiranya diperlukan untuk tugasnya.
Klip video beliau berparti liar bersama beberapa pesohor media sosial dan artis Finland mula tersebar di media sosial awal minggu ini sebelum disiarkan oleh media tempatan dan luar negara.
Marin berdepan gesaan untuk menjalani ujian dadah daripada ahli politik dalam kalangan kerajaan campuran pimpinannya di samping pembakang selepas rakaman itu muncul dan tersebar.
Marin berkata, beliau ada meminum alkohol semasa parti tersebut, begitu juga tetamu lain tetapi tiada antara mereka yang mengambil dadah.
Kelakuannya bagaimanapun dikritik oleh banyak pihak sebagai tidak wajar oleh seorang yang bergelar Perdana Menteri, namun sebahagian yang lain mempertahankan pemimpin wanita itu.
Mereka menyatakan bahawa Marin berhak untuk menikmati acara persendirian bersama rakan-rakannya. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Teh o ais kayangan RM5, kedai dikenakan kompaun
- Peniaga nasi ayam & itik viral berdosa perlu bertaubat dan mohon maaf – Mufti
- Ayid penkid sentiasa berpakaian lelaki
- Proton Exora 2023 dengan harga bermula RM62,800
- Keberanian Ismail Sabri memimpin semakin diakui
- Umno tak beri pimpinan negeri autonomi kerjasama dengan PAS, Bersatu
- Anak perempuan The Rock penyambung legasinya dalam WWE
- Alhamdulillah, isteriku sudah bertudung – Sonny Bill
- Ira Kazar dipanggil Jawi
- Adakah kertas siasatan kes Nazlan yang bocor sah, SPRM disoal
- Tindakan kejam! Brigedier Jeneral Indonesia tembak mati beberapa ekor kucing termasuk yang bunting
- Aksi berbalas ciuman Meerqeen dengan selebriti Indonesia dikecam
- Sindir pihak berkuasa, jalan berlubang jadi ‘kebun’ pisang [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri
Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)
MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen
You must be logged in to post a comment.