PM Finland jalani ujian dadah selepas sebuah video tular

PM Finland jalani ujian dadah selepas sebuah video tular

Perdana Menteri Finland, Sanna Marin pada Jumaat berkata beliau telah menjalani ujian saringan bagi mengesan penggunaan dadah selepas video menari bersama rakan-rakannya di sebuah parti tersebar.

Keputusan ujian itu dijangka dapat diketahui minggu depan, lapor Agensi Anadolu. “Walaupun ketika remaja, saya tidak mengambil sebarang jenis dadah…tetapi saya tetap mengambil ujian saringan itu sebagai langkah untuk meredakan kebimbangan,” katanya pada satu sidang media.

Terdahulu dalam satu wawancara dengan akhbar Helsingin Sanomat, pengerusi parti pembangkang Finland Riikka Purra meminta Marin secara sukarela mengambil ujian itu.

Baru-baru ini video perdana menteri berpesta bersama selebriti dan tokoh masyarakat tular di media sosial. Marin berkata, acara itu tertutup dan diadakan di kediamannya beberapa minggu lalu, rakaman itu untuk simpanan peribadi dan terkilan kerana video berkenaan telah tular.

Beliau berkata, tiada sebarang penggunaan dadah pada majlis itu dan beliau hanya meminum minuman beralkohol secara sederhana. “Saya juga orang biasa dan menjalani kehidupan yang biasa. Saya ada kerja dan juga keluarga, ada masa lapang untuk bersama rakan-rakan saya. Sama seperti orang lain yang sebaya dengan saya,” katanya. MG

PM Finland jalani ujian dadah selepas sebuah video tular


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker