Lelaki tarik ekor harimau untuk kandungan media sosial

Tangkap layar video yang memaparkan seorang lelaki menarik ekor harimau bintang yang tular di Twitter. – Twitter

MUMBAI, India  – Seorang lelaki menjadi mangsa kecaman netizen apabila sebuah video memaparkan tindakannya menarik ekor harimau bintang tular di laman sosial, lapor stesen penyiaran NDTV  baru-baru ini.

Dalam klip berdurasi 20 saat yang dikongsi oleh pegawai Perkhidmatan Hutan India (IFS), Parveen Kaswan di Twitter, seorang lelaki dilihat memegang ekor harimau bintang itu dengan kedua-dua belah tangannya.

Haiwan itu dilihat cuba melepaskan diri daripada cengkamannya tetapi gagal.

“Harimau bintang itu mati”, tulis teks pada video itu.



Lokasi di mana video itu dirakam tidak dapat dipastikan,  namun menurut Parveen, dia  mengecam perbuatan itu dan menegaskan bahawa haiwan liar tidak seharusnya diperlakukan sedemikian.

“Ini bukan cara untuk mengendalikan atau merawat rakan hidupan liar. Mereka juga makhluk hidup. Berhati-hati,” tulisnya.

Sejak disiarkan, klip itu telah menerima lebih daripada 73,000 tontonan. Ramai yang terkejut melihat harimau bintang itu diperlakukan sebegitu dan meluahkan rasa kecewa mereka. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri



Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker