Kerajaan tak peluk tubuh, bantu rakyat depani kos sara hidup

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berpeluk tubuh sebaliknya sentiasa membantu Keluarga Malaysia dalam mendepani kos sara hidup dan inflasi serta berusaha memastikan rakyat kalis cabaran.

Beliau berkata selepas diuji pandemik, dunia kini berdepan pelbagai cabaran baharu dan paling genting ialah perubahan iklim, ketegangan geopolitik dan konflik Rusia-Ukraine.

“Gabungan semua faktor adalah antara punca kepada kenaikan harga barangan sehingga mengakibatkan kos sara hidup meningkat,” katanya ketika berucap merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Selangor di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata pelbagai strategi jangka pendek, sederhana dan panjang dilaksanakan kerajaan yang membabitkan kerjasama semua kementerian, kerajaan negeri, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan serta seluruh Keluarga Malaysia.

“Hasilnya, hari ini kita dapat melihat ekonomi negara kita merupakan yang terbaik di Asia Tenggara dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 8.9 peratus bagi suku kedua tahun ini,” katanya. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker