Geng scammer ‘bina’ balai polis palsu, kutip wang perlindungan
NEW DELHI – Sebuah kumpulan penipu ditahan polis selepas kegiatan mereka ‘mewujudkan’ sebuah balai polis palsu di bandar Banka, dalam negeri Bihar terbongkar, lapor portal berita MailOnline semalam.
Kumpulan terdiri daripada enam orang yang memakai seragam lengkap polis itu beroperasi di luar sebuah hotel di bandar tersebut dan terletak hanya 457 meter dari balai polis sebenar.
Pegawai polis palsu itu memberitahu penduduk tempatan bahawa mereka boleh menangani pelbagai isu daripada menerima aduan jenayah sehinggalah kepada permohonan perumahan masyarakat. Malah, mereka juga mendakwa boleh membantu orang ramai mendapatkan pekerjaan dalam jabatan polis dengan bayaran antara 94 rupee(RM5.30) hingga 945 rupee (RM54).
Mereka juga membayar gaji harian kepada beberapa individu dari kawasan luar bandar sebanyak 472 rupee (RM26) untuk berpura-pura menjadi pegawai polis lain yang bekerja di balai itu.
Kumpulan itu ditangkap awal minggu ini selepas seorang pegawai sebenar melihat salah seorang anggota polis palsu itu membawa pistol keluaran bukan standard pihak berkuasa India.
Ketua Balai Polis Banka, Shambhu Yadav berkata, beliau memberkas Anita Devi Murmu, 25, dan ‘rakan sekerja’, Aakash Kumar Manjhi, 27, ketika mereka dalam perjalanan pulang ke hotel dari tapak pembinaan sebuah pusat beli-belah.
Yadav berkata, pasangan itu mengganggu pemilik kedai di tapak yang dibiayai kerajaan itu dengan memberitahu akan melaporkan kepada balai polis tempatan jika tidak mendapat wang perlindungan.
Apabila Yadav menyoal pasangan itu tentang tempat tinggal mereka, kedua-dua mereka mengelak daripada menjawab soalan, lantas dibawa ke balai polis sebenar untuk disoal siasat.
Polis kemudian menyerbu balai polis palsu itu dan menahan tiga lagi rakan subahat iaitu Ramesh Kumar, Timbalan Kumar dan Julie Kumari Manjhi.
Suspek keenam dan disyaki ketua kumpulan itu, Bola Yadav yang memilik nama keluarga serupa tetapi tiada kaitan kekeluargaan dengan ketua polis sebenar, masih diburu.
Pegawai yang menyerbu balai polis palsu itu mendapati 40 kad pilihan raya digunakan untuk memohon skim pembangunan dan 500 permohonan untuk perumahan sosial yang tidak dipos seperti sepatutnya.
“Kami telah mendengar kes mengenai anggota polis atau pegawai penyiasat palsu di negara ini. Namun, ini kali pertama kami mendengar tentang balai polis palsu,” kata seorang pegawai polis sebenar kepada media tempatan. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Teh o ais kayangan RM5, kedai dikenakan kompaun
- Peniaga nasi ayam & itik viral berdosa perlu bertaubat dan mohon maaf – Mufti
- Ayid penkid sentiasa berpakaian lelaki
- Proton Exora 2023 dengan harga bermula RM62,800
- Keberanian Ismail Sabri memimpin semakin diakui
- Umno tak beri pimpinan negeri autonomi kerjasama dengan PAS, Bersatu
- Anak perempuan The Rock penyambung legasinya dalam WWE
- Alhamdulillah, isteriku sudah bertudung – Sonny Bill
- Ira Kazar dipanggil Jawi
- Adakah kertas siasatan kes Nazlan yang bocor sah, SPRM disoal
- Tindakan kejam! Brigedier Jeneral Indonesia tembak mati beberapa ekor kucing termasuk yang bunting
- Aksi berbalas ciuman Meerqeen dengan selebriti Indonesia dikecam
- Sindir pihak berkuasa, jalan berlubang jadi ‘kebun’ pisang [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri
Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)
MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen