Pemain skuad Piala Presiden Selangor FC ada sejarah asma

Muhammad Husni (kiri) mengalami sesak nafas lalu terjatuh dan tidak sedarkan diri di lokasi malam tadi

PETALING JAYA – Pemain Piala Presiden Selangor FC, Muhammad Husni Idrus, 21, yang meninggal dunia di Sunway X Park, dekat sini malam tadi mempunyai sejarah penyakit asma.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashriman Ku Mahmood berkata, pihak polis telah menerima panggilan telefon pada pukul 9.58 malam memaklumkan seorang lelaki terbaring tidak sedarkan diri di lokasi.

“Bertindak atas laporan, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah dan Balai Polis Sungai Way telah ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa terbaring di atas lantai berhampiran tandas di medan selera.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa merupakan pemain bola sepak Piala Presiden bawah 21 tahun yang mewakili Negeri Selangor.

“Mangsa yang berusia 21 tahun telah menyertai perlawanan bola sepak di antara Pasukan Selangor dan Johor di Padang PKNS Kelana Jaya, dekat sini,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, setelah selesai perlawanan, mangsa dan beberapa rakan sepasukan telah ke lokasi kejadian untuk menjamu selera.

“Mangsa kemudiannya mengalami sesak nafas sehingga terjatuh dan tidak sedarkan diri.

“Mengikut rekod, mangsa mempunyai sejarah penyakit asma dan jenazahnya telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

Jelasnya, siasatan diteruskan dibawah laporan mati mengejut (SDR).

Terdahulu, skuad Red Giants dalam satu kenyataan berkata, Selangor FC mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Muhammad Husni dan bersama-sama mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker