Pemimpin UMNO, Pas kena henti bergaduh di media

Pemimpin UMNO, Pas kena henti bergaduh di media

Pemimpin politik sama ada daripada UMNO mahu pun Pas dinasihatkan tidak menggunakan pihak ketiga untuk membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan kedua-dua belah parti.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, langkah itu lebih baik bagi mengelak mereka terlajak kata hingga boleh menyebabkan ada pihak terguris hari.

“Kadang-kadang bila kita bercakap, kita terlajak dan kadang-kadang orang lain akan terasa. Dalam soal ini, saya lebih suka untuk tidak menggunakan media sebagai medium untuk menggunakan pandangan-pandangan yang bersifat sensitif.

“Bukan saya nak salahkan media tapi kadang-kadang ssiapa pun bila ia datang dari pihak ketiga ia boleh jadi percanggahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Indeks Daya Huni Malaysia (iDAM) dan penyampaian Anugerah bandar Berdaya Huni Tahun 2021 di sini hari ini.

Menurut Reezal Merican, adalah lebih baik pandangan yang hendak diberikan dituju terus kepada parti kerana kedua-dua parti mempunyai hala tuju dalam soal muafakat dan perpaduan ummah.

Katanya, disebabkan itu pemimpin kedua-dua parti tidak wajar mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh merosakkan. “Saya kalau tercakap silap ini pun, kalau ada salah seorang ini saya bercakap disalah erti, saya pun mereka akan hentam balik. “Jadi, saya ambil benda-benda begitulah…jadi pendamai,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan UMNO Kedah membayangkan tidak akan bekerjasama dengan Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di negeri itu. Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dipetik berkata, sebelum ini UMNO memang bekerjasama dengan parti itu namun berasa kesal selepas kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor bahawa UMNO tidak sekuat dulu selain Pas yakin menambah jumlah kerusi dimenangi berbanding pada PRU-14 lalu.

Menurutnya, Muhammad Sanusi sepatutnya berunding dengan UMNO terlebih dahulu berhubung perkara itu dan bukannya membuat kenyataan di media. Katanya, tindakan Muhammad Sanusi itu sebenarnya tidak sesuai kerana ia akhirnya akan menimbulkan pertelingkahan serta memburukkan lagi keadaan. MG

Pemimpin UMNO, Pas kena henti bergaduh di media


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker