Adakah kertas siasatan kes Nazlan yang bocor sah, SPRM disoal

PETALING JAYA: Umno menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesah atau menafikan keabsahan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang bocor dan tular.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, berkata Jabatan Peguam Negara juga perlu mengumumkan jika akan ada tindakan lanjut bagi kertas siasatan itu.

Katanya, mengikut kenyataan rasmi pada 21 Mei, SPRM mengesahkan siasatan mengenai kes membabitkan Nazlan telah diselesaikan dan diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei untuk tindakan lanjut.



“Satu dokumen yang didakwa merupakan kertas siasatan tersebut yang dikatakan terbocor telah menjadi tular pada waktu ini, kertas tersebut mendakwa ada berlakunya kesalahan mengikut Seksyen 220 Kanun Keseksaan.

“Memandangkan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan bagi kes SRC telah menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti dokumen bagi memeriksa percanggahan kepentingan Nazlan dan memandangkan kertas siasatan sudah berada di pihak Jabatan Peguam Negara sejak tiga bulan lalu, Umno berpandangan SPRM perlu mengesahkan atau menafikan keabsahan kertas siasatan tersebut yang sudah tular

“Integriti institusi yang kita hormati perlu dilindungi dan Umno amat berharap pihak SPRM dan pihak Jabatan Peguam Negara akan menjelaskan kepada rakyat mengenai isu ini dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu hari ini, penulis blog yang berpangkalan di United Kingdom Raja Petra Kamarudin memuat naik dokumen yang didakwa disediakan SPRM.



Dokumen berkenaan menunjukkan yang siasatan SPRM terhadap Nazlan telah selesai dan laporannya telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman



Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker