Anak buruh dapat 4.00 dalam STPM, untuk balas pengorbanan ayah, ibu

Halimatus Sa’diyah Abdul Faal, 20 (tengah) bersama ibu, Soleha Asharri dan bapanya, Abdul Faal Ibrahim kelihatan gembira selepas keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Chukai. FOTO GHAZALI KORI

Chukai: “Setiap hari, bapa mengambil masa lebih setengah jam meredah panas dan hujan untuk menghantar saya ke sekolah dengan motosikal.

“Ia mendorong saya untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),” kata Halimatus Sa’diyah Abdul Faal, 20, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail di sini.

Menurut Halimatus Sa’diyah, pengorbanan bapanya, Abdul Faal Ibrahim, 53, yang juga buruh membuatkannya tersentuh.

Kerana itu, Halimatus Sa’diyah berusaha untuk membalas jasa bapanya yang berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk melihatnya berjaya.

Katanya, dengan izin Allah SWT selain bantuan guru dan rakan-rakan, dia terus menumpukan perhatian pada pelajaran dan hasilnya, hari ini, dia mendapat keputusan cemerlang 4.00 dalam STPM yang diduduki.

“Saya adalah anak sulung daripada 10 beradik dan saya sedar, ibu bapa meletakkan harapan tinggi kepada saya sebagai contoh serta tauladan buat adik-adik.

“Saya amat terharu dengan pengorbanan bapa yang sanggup menunggang motosikal lebih 40 kilometer sehala untuk menghantar serta menjemput saya pulang dari sekolah setiap hari.

“Sekiranya ada kelas tambahan, bapa akan menghantar saya semula ke sekolah pada waktu petang sebelum menjemput saya pulang apabila kelas tamat,” katanya yang berasal dari Kampung Titian Berayun, Kijal di sini.

Menurutnya, sekiranya ada kelas tambahan pada petang atau malam, bapanya terpaksa berulang-alik empat atau enam kali dari rumah ke sekolah.

Katanya, dia amat bersyukur dengan keputusan yang diperoleh dan bercita-cita ingin menjadi guru.

Halimatus Sa’diyah juga sudah membuat permohonan untuk menyambung pengajian di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Katanya, tiada rahsia khusus dalam pembelajaran namun dia sentiasa mengambil perhatian ketika guru sedang mengajar selain merujuk kepada guru jika tidak faham.

“Jaga solat, hormat kedua ibu bapa, hormati guru-guru yang banyak mencurahkan ilmu selain rapat dengan kawan-kawan antara formula untuk mencapai kejayaan.

“Saya anggap pencapaian ini adalah permulaan kerana perjalanan masih panjang dalam memburu impian untuk bergelar guru,” katanya.

Sementara itu, bapanya, Faal Ibrahim berkata, dia bersyukur apabila mengetahui anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM.

“Saya dan isteri Soleha Asharri, berusia 49 tahun, sentiasa berdoa supaya anak sulung kami berjaya pada masa depan.

“Sudah menjadi tanggungjawab saya menghantar dan mengambil anak dari sekolah sama ada ketika panas atau hujan.

“Walaupun jarak untuk menghantar anak ke sekolah jauh namun ia bukan halangan buat saya kerana pendidikan untuk anak amat penting bagi masa depan mereka,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker