Pengasas DAP, Chen Man Hin meninggal

Pengasas DAP, Chen Man Hin meninggal

Pengasas parti DAP Dr. Chen Man Hin dilaporkan meninggal dunia pagi ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menerusi Twitternya. “Baru sahaja menerima berita sedih pengerusi pengasas kebangsaan dan penasihat seumur hidup Dr Chen Man Hin telah meninggal dunia pada usia 98 tahun awal pagi tadi.
Semoga rohnya tenang,’” ciap beliau.

Sejarah politik mendiang Dr. Chen bermula apabila beliau menyertai Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau lebih kenali sebagai People’s Action Party (PAP). PAP adalah parti pimpinan bekas Presiden Singapura, Lee Kuan Yew.

Perjuangan Chen bersama PAP terbantut apabila Singapura keluar dari Malaysia. Chen dan rakan-rakannya seperti Devan Nair dan Chan Kok Kit mula memikirkan satu wadah baru politik dan mengasaskan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Mendiang mula bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1969 di Dewan Undangan Negeri Rahang, Negeri Sembilan dan menang.

Selain itu Dr Chen juga menang di Parlimen Seremban Timor dalam pertandingan tiga penjuru.

Apabila Parlimen ditukar kepada Seremban pada PRU 1974, Chen sekali lagi mempertahankan jawatannya.

Bagaimanapun pada PRU 1986, Chen menang semula di Parlimen Seremban tapi gagal kekalkan kerusi tu pada PRU 1990

Seterusnya, beliau cuba nasib bertanding kat Parlimen Rasah dan DUN Temiang, tapi kedua-duanya juga gagal. Chen memainkan peranan penting dalam DAP dengan jawatan sebagai Penasihat Seumur Hidup. MG

Pengasas DAP, Chen Man Hin meninggal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)

Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis

Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker