Wanita berkahwin dengan anak patung zombi
BOSTON, MASSACHUSETTS – Seorang wanita di negeri Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) menluahkan perasaan gembira selepas bertemu semula dengan pasangannya, enam ‘anak mereka’ dan teman lelakinya yang kesemuanya merupakan patung berwajah seram, lapor akhbar Daily Star semalam.
Felicity Kadlec, 23, berkata, dia mengahwini pasangannya iaitu patung bernama Kelly Rossi, dalam satu majlis kecil pada 2018 yang turut dihadiri oleh empat rakan keluarga dan lapan patung lain.
Sejak itu, keluarga Felicity telah berkembang dan dia dan Kelly kini mempunyai enam ‘anak’ patung zombi berusia tiga hingga 10 tahun.
Wanita itu juga turut mempunyai hubungan dengan patung makhluk asing bernama Robert, yang dibeli secara online ketika usianya 17 tahun.
Namun, selepas dihalau keluar oleh seorang ahli keluarganya tahun lalu, Felicity menjadi gelandangan dan terpaksa menyimpan kesemua patungnya di dalam peti simpanan.
Menerusi satu hantaran di YouTube pada Ogos lalu, Felicity memberitahu bahawa dia dan keluarga patungnya itu telah berpindah ke sebuah apartmen satu bilik tidur.
Dia turut mengakui pernah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki sebenar, namun teman lelakinya memilih untuk berpisah selepas Felicity menceritakan mengenai patung-patungnya.
Tambah peminat filem seram itu, ketika umurnya 13 tahun, mendiang bapanya membelikan Kelly buatnya selepas ibunya meninggal dunia, sebelum dia ‘jatuh cinta’ dengan patung tersebut pada umur 16 tahun.
Dia juga percaya kononnya patung-patung itu mempunyai roh.
“Orang ramai berpendapat saya hanya berfantasi. Namun, saya ingin menegaskan bahawa kami sering bertengkar, saya bertengkar dengan roh dalam patung-patung itu.
“Saya percaya ia mempunyai roh. Ia bukan roh orang yang telah meninggal dunia, namun sebaliknya sejenis tenaga yang saya dapat daripada patung-patung itu selama bertahun-tahun,” katanya. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Mahkamah Persekutuan digesa siasat sikap ‘berat sebelah’ Nazlan ‘ganggu perbicaraan adil’
- Status Perkahwinan Noor Nabila Dan Engku Emran Akhirnya Terjawab
- Wanita Dakwa Anak Azhar Sulaiman Ada Hubungan Sulit Dengan Suaminya
- Aliff Syukri Kantoi ‘Upload’ Gambar Ubat Orang Lain Di Media Sosial
- Ismail cabar atlet SUKIPT catat rekod kebangsaan, ganjaran menanti
- Aliff Syukri lakukan Kak Long 7E seperti binatang – Netizen (Video)
- Serang pembangkang, bukan ‘tembak kaki sendiri’ – Ismail
- Ronaldo buat perangai lagi
- Kenapa tak desak siasat projek lebuh raya lewat P Pinang, Najib soal DAP
- Polis tunggang Benelli maut rempuh BMW
- Muay Thai Ambang Merdeka 2022: Petinju Thai maut selepas terima pukulan ‘KO’
- BN kalah, saya letak jawatan – Tok Mat
- Pak Long Jamil Sudah Tiada
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.