Projek Mara Digital mesti diteruskan – Ismail

Projek Mara Digital mesti diteruskan – Ismail

Majlis Amanah Rakyat (Mara) diarah meneruskan projek Mara Digital bagi membuka peluang kepada anak muda Bumiputera membabitkan diri sebagai usahawan teknologi maklumat (IT) yang kekal menjadi trend pasa masa ini dan akan datang.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, beberapa Mara Digital sudah diwujudkan, iaitu di Shah Alam, Selangor; Kuantan, Pahang dan Ipoh, Perak, selain beberapa lagi lokasi yang dikenal pasti termasuk Larkin, Johor; Kuala Terengganu, Terengganu; Kota Bharu, Kelantan; Kuching, Sarawak serta Kota Kinabalu, Sabah.

Bagaimanapun, beliau berkata, setelah Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pemerintahan selepas pilihan raya umum ke-14 pada 2018, Mara Digital ditutup dan projek baharu tidak diteruskan.

“Mara Digital sangat dekat di hati saya. Saya yang wujudkan bagi membangunkan usahawan Bumiputera dalam bidang IT dan gajet sama ada menjual produk, membaiki (peralatan rosak) dan lain-lain,” katanya dalam catatan Facebook malam tadi.

Terdahulu, Ismail melakukan tinjauan mengejut di Mara Digital Kuala Lumpur yang turut disertai Menteri Pembangunan Luar Bandar Mahdzir Khalid.

“Alhamdulillah dalam tinjauan, peniaga memaklumkan masih mampu meneruskan perniagaan kerana jualan semakin meningkat, cuma (mereka) memerlukan sokongan daripada Mara seperti promosi, bantuan pinjaman, pengurangan kadar sewa dan lain-lain,” katanya.

Pembukaan Mara Digital sebagai pusat jualan peralatan telekomunikasi dan IT pada 2015 dicetuskan Ismail yang pada ketika itu menteri kemajuan luar bandar dan wilayah. FMT

Projek Mara Digital mesti diteruskan – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)

Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis

Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker