Mahrez sertai kelab Arab Saudi

Mahrez sertai kelab Arab Saudi

LONDON: Manchester City bersetuju menjual pemain sayap Algeria, Riyad Mahrez kepada kelab Liga Pro Saudi, Al-Ahli pada harga 30 juta pound (RM177 juta).

Pemain berusia 32 tahun itu diberi kebenaran untuk tidak melakukan perjalanan pramusim City ke Jepun serta Korea Selatan, dan akan menjalani ujian perubatan dalam masa terdekat.



Mahrez yang masih mempunyai baki dua tahun kontrak di Etihad dibeli pada harga 60 juta pound (RM355 juta) dari Leicester City pada 2018.

Dia dijangka menandatagani kontrak tiga tahun dengan pilihan untuk menyambung kontrak setahun lagi.

Al-Ahli sebelum ini sudah pun menandatangani Edouard Mendy dari Chelsea dan Roberto Firmino dari Liverpool.

Mereka juga menghampiri perjanjian 21.5 juta (RM126.37 juta) dengan Newcastle United untuk menandatangani Allan Saint-Maximin..



Sementara itu, Mahrez menamatkan tempoh sembilan tahunnya di England di mana dia memenangi lima kejuaraan Liga Perdana – empat bersama Manchester City dan sekali bersama Leicester City pada 2016.

Pemain antarabangsa Algeria itu memenangi 10 trofi sepanjang bersama City dan juga sebahagian daripada tonggak utama yang merangkul gelaran treble musim lalu.

City kini kehilangan Mahrez dan Ilkay Gundogan yang menyertai Barcelona secara percuma awal musim panas ini.

Kyle Walker juga dijangka melengkapkan perpindahan ke Bayern Munich sebelum penghujung jendela, manakala City tetap terbuka untuk kembali mendapatkan Joao Cancelo selepas membenarkannya pergi secara pinjaman pada Januari. Utusan



Mahrez sertai kelab Arab Saudi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah



Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed

Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)



Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker